Buat pencinta Volkswagen, Golf GTI sememangnya kereta yang ikonik. Rekaannya yang memukau serta prestasi yang hebat antara yang membuatkan model ini berjaya menjadi idaman ramai.

Pada tahun ini, Volkswagen telahpun mengumumkan model konsep terbaru mereka iaitu Golf GTI TCR. Melalui model terbaru ini, Volkswagen telah memberi sentuhan terbaru melalui face lift dibahagian tepi dan belakang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi prestasi, Volkswagen Golf GTI TCR dilengkapi dengan enjin 2.0 liter turbo dengan 286 kuasa kuda. Volkswagen turut menawarkan pilihan untuk mendapatkan rim bersaiz 19-inci buat para pengguna.

Difahamkan model terbaru ini bakal mula ditawarkan buat pengguna seawal tahun manakala produksi kereta ini bakal dimulakan pada akhir tahun ini. Agak-agak berapakah nilainya apabila model terbaru Golf GTI ini mula ditawarkan di Malaysia?

volkswagen-golf-gti-tcr-concept-1

volkswagen-golf-gti-tcr-concept-3

volkswagen-golf-gti-tcr-concept-4

volkswagen-golf-gti-tcr-concept-5

volkswagen-golf-gti-tcr-concept-6