Sejak berlakunya pandemik COVID-19, sekatan jalan raya umpama sudah sebati dalam kehidupan kita bagi mengurangkan penularan wabak tersebut.

Terbaharu, sebuah kereta Volkswagen Beetles telah dirakam cuba melarikan diri lalu melanggar anggota polis yang bertugas di satu sekatan jalan raya di Prambanan, Sleman, Indonesia.

Menurut laporan Kompas.com, kejadian yang berlaku pada hari Sabtu baru-baru ini melibatkan seorang pemandu di bawah umur.

Pengarah Polis Trafik Jawa Tengah, Kombes M Rudy Syafiruddin, mengesahkan bahawa pemandu Volkswagen Beetles tersebut telah ditangkap.

Terang beliau lagi, pemandu bawah umur tersebut cuba merentas daerah dari Yogyakarta menuju ke Klaten. Namun, dia menjadi panik apabila melihat anggota bertugas di sekatan jalan raya tersebut.

vocket-pemandu-volkswagen-indonesia-langgar-polis-1
Sumber Gambar: Hops.id

“Mungkin dia panik kerana tidak memiliki lesen memandu, tambahan pula dia masih di bawah umur (16 tahun) dan nombor pendaftaran kenderaanya bermula huruf B,” kata M Rudy Syafiruddin.

Pemandu tersebut selamat ditahan oleh anggota polis dan ujian saringan air kencing telah pun dibuat. Manakala polis yang dilanggar tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.

Oleh kerana pemandu tersebut masih di bawah umur, pihak polis telah menghubungi kedua ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian yang berlaku.

Ingatkan insiden Volkswagen Beetles kuning di jalan Karak sudah cukup ‘ngeri’ di kalangan orang Malaysia. Tidak sangka pula Volkswagen Beetles kuning di negara jiran lebih ‘ekstrem’ dengan melanggar sekatan jalan raya dalam cubaan merentas daerah.

Sejak sekatan aktiviti merentas daerah dan negeri dikuatkuasa baru-baru ini, ramai orang menggunakan alasan menghantar baju dan kuih raya bagi membolehkan mereka merentas.

Hantar Baju Dan Kuih Raya Muncul Sebagai Alasan Popular Rentas Daerah Dan Negeri

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Selepas Gagal Masuk Kelantan

Trafik Sesak Sepanjang 1.3KM Sebelum Plaza Tol Bentong Curi Perhatian Netizen

Sumber