Tarikh 1 April merupakan satu tarikh yang mana kita boleh pelbagai jenama terkenal di serata dunia akan menggunakan hari tersebut untuk mengumumkan produk atau servis ‘terbaru’ sebagai satu bahan jenaka khas untuk tarikh tersebut.

Baru-baru ini pihak Volkswagen telah memohon maaf kerana niat mahu ‘melawak’ sempena tarikh 1 April telah memakan diri apabila beberapa agensi media seperti AFP menemplak tindakan tersebut sebagai ‘breach of trust’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/VW/status/1376868756782219266?s=20

Sehari sebelum tarikh kejadian, wakil syarikat automotif dari Jerman itu ada memberitahu akan menukar nama anak syarikatnya di Amerika Syarikat dari Volkswagen kepada ‘Voltswagen’ kerana mahu fokus kepada pengeluaran kereta elektrik.

Pengumuman tersebut telah menjadi tanda tanya kepada semua pihak, tetapi wakil syarikat telah ‘mengesahkan’ kenyataan tersebut, lalu ia menyebabkan berita tersebut mendapat liputan media antarabangsa secara meluas.

Setelah liputan telah meluas, akhirnya Volkswagen membuat pengakuan bahawa idea ‘Voltswagen’ tersebut cumalah satu jenaka yang diilhamkan oleh pasukan marketing mereka sahaja. Tindakan tersebut telah menyebabkan banyak pihak berang.

Ramai petugas media ‘tidak berpuas hati’ dan mereka telah meluah rasa kecewa terhadap gimik marketing yang dibuat oleh Volkswagen. Perbuatan tersebut seolah-olah mereka tidak sensitif dan mempermainkan kredibiliti petugas media.

Nampaknya Volkswagen telah ‘menghakis’ kepercayaan daripada pihak media kerana ‘tempias’ jenaka yang mereka buat baru-baru ini.

Mungkin jenama automotif dari Jerman ini akan mengharungi hari dan masa yang sukar untuk memulihkan semula kepercayaan kesemua pihak.

Baru-baru sistem auto-pilot Tesla dirakam gagal berfungsi dengan baik setelah tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di Vietnam.

Lalu Lintas Terlalu Sesak Di Vietnam, Auto-Pilot Tesla ‘Give Up’ Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta

Azmin Ali Beri Bayangan Kilang Kereta Mewah Bakal Dibangunkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Sumber