Sebut mengenai jenama Volkswagen, pasti ramai yang sudah membayangkan rekaan dan modelnya yang ikonik tambah-tambah lagi model retro mereka. Berjaya mengumpul sejumlah besar peminat model klasik Volkswagen benar-benar menunjukkan jenama ini mempunyai jumlah peminat yang ramai.

Pada minggu ini, bersempena dengan ulang tahun ke-20 pusat inovasi dan kejuteraan Volkswagen di California, jenama automotif dari Jerman ini berjaya menghasilkan model dengan kuasa elektrik yang diinspirasikan daripada model campervan keluaran 1962.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2019_07_volkswagen-type-20-electric-microbus-concept-camper-van-9

https___hypebeast.com_image_2019_07_volkswagen-type-20-electric-microbus-concept-camper-van-10

Disertakan dengan bateri 10kWh beserta charger 2,500 watt, Volkswagen Type 20 ini berjaya menghasilkan 120 BHP. Apa yang membuatkan model ini tampil menarik adalah rekaan hippie yang ditawarkan melalui padanan warna putih dan oren.

Rekaannya yang minimal serta mengekalkan ciri retro pada model ini antara yang membuatkan Volkswagen Type 20 tampil unik. Setakat ini, model ini masih lagi dikekalkan sebagai model konsep dari Volkswagen. Walau bagaimanapun, melihat kepada konsep yang diperkenalkan, pastinya agak menarik sekiranya Volkswagen melancarkan model ini di pasaran.

https___hypebeast.com_image_2019_07_volkswagen-type-20-electric-microbus-concept-camper-van-2

https___hypebeast.com_image_2019_07_volkswagen-type-20-electric-microbus-concept-camper-van-3

https___hypebeast.com_image_2019_07_volkswagen-type-20-electric-microbus-concept-camper-van-4

https___hypebeast.com_image_2019_07_volkswagen-type-20-electric-microbus-concept-camper-van-5

https___hypebeast.com_image_2019_07_volkswagen-type-20-electric-microbus-concept-camper-van-6