Sekiranya sebelum ini Lazada pernah menawarkan Volkswagen Beetle edisi terhad menerusi kerjasama terbaru mereka, pada kali ini para pengguna sekali lagi ditawarkan promosi menerusi model Volkswagen Polo.

Bersempena dengan Single’s Day yang bakal berlangsung esok, Volkswagen Malaysia bakal menawarkan model Polo dengan harga serendah RM68,488 sahaja. Selain itu, para pelanggan turut menerima beberapa aksesori lain daripada Volkswagen bernilai RM7,500.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Volkswagen Polo Lazada

Screen Shot 2018-11-10 at 9.04.22 AM

Sebanyak 11 model bakal ditawarkan pada kali ini dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam. Buat anda yang berminat, anda boleh menempah secara terus di Lazada dengan harga deposit serendah RM799 sahaja. Anda boleh klik disini untuk membuat tempahan.