Syarikat pengeluar kereta daripada Sweden, Volvo telah berkerjasama dengan Cabonline, pengendali teksi terbesar di wilayah Nordic untuk menguji teknologi baharu pengecasan tanpa wayar di persekitaran ibu kota Gothenburg bagi menilai potensinya untuk digunakan pada kereta elektrik masa hadapan.

Ujian tersebut ialah salah satu daripada pelbagai lagi projek yang ada di dalam inisiatif strategik Zon Bandar Hijau Gothenburg, di mana kawasan yang ditetapkan dalam bandar digunakan sebagai tempat ujian langsung untuk pembangunan teknologi mampan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Volvo
Sumber Gambar: Volvo

Bagaimana bateri kereta boleh dicas dengan menggunakan teknologi baharu ini? Pengecasan akan bermula secara automatik apabila kenderaan diletakkan di atas pad pengecasan yang tertanam di dalam jalan, sekaligus membolehkan pemandu mengecas dengan mudah tanpa keluar dari kereta mereka.

Volvo menggunakan sistem kamera 360 darjah terbina untuk membantu pemandu meletakkan kereta sejajar di atas pad pengecasan. Kemudian, stesen pengecasan akan menghantar tenaga melalui pad pengecasan yang akan diterima oleh ‘unit penerima’ di dalam kereta.

Untuk model XC40 Recharge (elektrik sepenuhnya), kuasa pengecasan tanpa wayar akan menjadi lebih daripada 40 kW, menjadikan kelajuan pengecasan sekitar empat kali lebih pantas daripada pengecas AC 11 kW berwayar dan hampir menyamai seperti pengecas pantas DC 50 kW berwayar.

Sumber Gambar: Volvo
Sumber Gambar: Volvo

Ujian ini akan dibuat selamat tiga tahun dengan sejumlah kecil model Volvo XC40 Recharge dipinjamkan kepada Cabonline bagi menguji teknologi ini yang dikuasakan oleh Momentum Dynamics, pembekal terkemuka sistem pengecasan elektrik tanpa wayar dari Amerika Syarikat.

Anda boleh tonton video di bawah bagaimana teknologi pengecasan tanpa wayar ini berfungsi dan berpotensi dapat memudahkan ramai pemilik kereta elektrik pada masa akan datang.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lebih lanjut bagaimana Volvo ‘tidak mengambil untung’ dengan berkongsikan paten tali pinggang keledar untuk digunakan oleh pengeluar kereta lain.

Bagaimana Hasil Ciptaan Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Jutaan Nyawa Pemandu Hingga Ke Hari Ini

Tesla Mula Aktifkan Kamera Untuk Pantau Pemandu Yang Guna ‘Auto-Pilot’

Sumber