Tahun 2016 sememangnya menjadi tahun dimana virtual reality berkembang. Xiaomi dalam pada masa yang sama, tidak melepaskan peluang untuk melancarkan produk VR headset sulung mereka yang dinamakan sebagai Xiaomi VR Toy Edition. Seperti biasa, Xiaomi mengekalkan identitinya sebagai pengeluar produk elektronik dengan harga yang rendah serta berkualiti.

VR Headset daripada Xiaomi ini dilengkapi dengan penggunaan EVA dan Lycra dimana memberi keselasaan yang lebih buat pengguna. Rekabentuknya juga agak menarik berbanding rekaan cardboard yang agak boring dan kelihatan murah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

185923r1iolmdldil1zudh.jpg.thumb

185935mktj8y0jdkt4iz0c.jpg.thumb

Penggunaan zip di bahagian depan sangat releven bagi memudahkan pengguna memasukkan telefon pintar manakala headstrap bakal memberikan keselesaan buat pengguna dari segi viewing angle. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Xiaomi VR Toy Edition, pastikan skrin telefon anda bersaiz antara 4.7-inci sehingga 5.7-inci. Sebuah butang khas juga tersedia pada atas VR headset bagi membolehkan anda adjust viewing angle semasa menonton.

Berdasarkan kualiti dan kekemasan daripada Xioami, kami agak terkejut apabila mengetahui Xiaomi berjaya menghasilkan produk VR Headset dibawah harga $10 (~RM40.50). Bukanlah yang termurah di dalam pasaran, namun agak mengagumkan Xiaomi berjaya menghasilkan produk dengan kualiti hebat berbanding cardboard biasa. Sangat sesuai buat mereka yang mahu mencuba pengalaman menggunakan VR.

Dalam pada itu, Xiaomi pada minggu lepas telah mengumumkan laptop keluaran pertama mereka bercirikan high spec dengan harga tidak masuk akal.

Sumber