Sesuatu yang jarang dilihat dimana sebuah hotel mewah dibawah kendalian Tropicana Cord Bhd iaitu W Hotel yang terletak di Kuala Lumpur telah dibuka untuk jualan.

Melalui harga yang dinyatakan, W Hotel sedia untuk dijual dengan harga RM360 juta atau secara puratanya setiap bilik bakal ditawarkan pada harga RM2.4 juta dimana para pelabur berpendapat harganya yang ditawarkan adalah terlalu tinggi. Untuk pengetahuan, hotel mewah ini baru sahaja dibuka pada tahun 2018 serta menerima pengunjung pada pertengahan tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
kulwh-room-9324-hor-clsc
Sumber: Marriott Rewards

Berdasarkan laporan, penjualan hotel ini disasarkan buat para pelabur di China yang berminat untuk meluaskan bisnes perhotelan di Malaysia. Selain itu, faktor lokasinya yang terletak cuma 400 meter daripada Menara Berkembar Petronas antara yang membuatkan W Hotel tampil menarik dimata pelabur.

Melalui harga RM360 juta, para pembeli bakal memiliki ruangan hotel yang bertempat di tingkat 8 sehingga 24 daripada bangunanan 55 tingkat ini. Tingkat 25 sehingga 52 pula sebelum ini telah dijadikan rumah dimana majoritinya telahpun dibeli oleh warga China, Hong Kong, Taiwan dan Jepun.

WET-Deck-1100×733
Sumber: firstclasse

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana penjualan dan pembelian hotel ini bakal berlangsung serta apakah lagi model bisnes terbaru yang bakal dibawa oleh pembeli terbaru.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber