Dakwaan Bill Gates mengenai wabak cacar monyet adalah sejenis senjata biologi digunakan dalam perang bukanlah sesuatu dakwaan kosong. Menurut beberapa laporan lain, Kesatuan Soviet pernah menggunakan wabak ini sebagai senjata biologi untuk memenangi perang.

Memetik laporan WION News, selepas Kesatuan Soviet runtuh, terdapat tuduhan bahawa Rusia mempunyai perancangan untuk menyerang musuhnya dengan menggunakan senjata biologi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tuduhan itu dibuat sendiri oleh bekas saintis Kesatuan Soviet, Kanat Alibekov yang juga dikenali sebagai Kenneth Alibek. Beliau merupakan pakar bioweapon Soviet Union sehingga kejatuhannya pada 1991. Kemudian, dia tinggal di Rusia selama setahun sebelum berpindah ke AS.

Dalam rakaman temu bual pada tahun 1998 bersama-sama dengan Projek Nonproliferasi Senjata Kimia dan Biologi Amerika (CBWNP), Alibekov, yang didakwa menyelia 32,000 pekerja dengan 40 kemudahan, mendakwa bahawa negara Soviet mempunyai program untuk menggunakan virus sebagai senjata untuk memenangi perang.

“Kami membangunkan program khas untuk menentukan virus ‘model’ yang boleh digunakan selain daripada cacar manusia. Kami menguji virus vaccinia, virus mousepox, virus rabbitpox dan virus monkeypox sebagai model untuk cacar.”

“Ideanya ialah semua kerja penyelidikan dan pembangunan akan dijalankan menggunakan virus model ini. Sebaik sahaja kami memperoleh satu set keputusan positif, ia akan mengambil masa hanya dua minggu untuk menjalankan manipulasi yang sama dengan virus cacar dan untuk menimbun ejen perang.

Alibekov turut mendakwa bahawa selepas berakhirnya Kesatuan Soviet, kementerian pertahanan Rusia terus bekerja mengkaji cacar monyet untuk “mencipta senjata biologi masa depan”.

Pada tahun yang sama ketika temu bual itu direkodkan, Alibekov telah menghadapi proses perbicaraan dengan Kongres Amerika Syarikat, di mana beliau berkata bahawa program senjata biologi Rusia belum dibongkar sepenuhnya.

Sebelum ini, Pengasas Microsoft, Bill Gates mengesyorkan penubuhan Pasukan Petugas Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia baharu. Walaupun penubuhan ini nampak mudah, namun Gates menyatakan bahawa ia akan menelan belanja berbilion dolar.

“Negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS) dan UK perlu melibatkan diri dalam perbelanjaan ‘berpuluh bilion’ untuk membiayai penyelidikan yang membawa kepada inovasi lain seperti membasmi selsema dan selesema biasa. Saya berharap dalam tempoh lima tahun, saya akan dapat menulis sebuah buku berjudul ‘Kami Bersedia untuk Pandemi Seterusnya’. Tetapi, ia memerlukan dana yang akan disumbangkan oleh Washington dan London,” kata orang terkaya di dunia seperti dilaporkan Unilad.

Menurut angka terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat kira-kira 80 kes yang disahkan di seluruh dunia dan 50 lagi disyaki. Gejala biasa cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, menggigil dan keletihan. Setakat ini, tiada kematian yang direkodkan akibat wabak tersebut. Namun WHO menganggarkan penyakit itu boleh membawa maut kepada satu daripada 10 orang.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah telah mengesyorkan mereka yang disyaki mempunyai wabak tersebut diasingkan dan orang yang berisiko tinggi ditawarkan vaksin cacar. Menurut WHO, kira-kira 3,000 kes cacar monyet direkodkan di Nigeria setiap tahun. Wabak biasanya berlaku di kawasan luar bandar, dikawasan tempat tinggal yang dihuni oleh tikus dan tupai yang dijangkiti, kata Tomori.

Wabak cacar monyet pertama kali dikenal pasti pada tahun 1950-an apabila dua wabak berlaku di koloni monyet yang digunakan untuk tujuan penyelidikan, dengan kes manusia pertama dilaporkan pada tahun 1970 di Republik Demokratik Congo.

Gejala biasa cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, menggigil dan keletihan. Setakat ini, tiada kematian yang direkodkan akibat wabak tersebut. Namun WHO menganggarkan penyakit itu boleh membawa maut kepada satu daripada 10 orang.

Pakar akui terkejut, jangka kes wabak cacar monyet bakal meningkat dalam masa terdekat. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pakar Akui Terkejut, Jangka Kes Wabak Cacar Monyet Bakal Meningkat Dalam Masa Terdekat

Wabak Cacar Monyet Mula Merebak Di Eropah, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Bukan Sahaja Pandemik, ‘Amaran’ Bill Gates Mengenai Serangan Cacar Turut Jadi Kenyataan