Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kementerian Kesihatan Singapura (KKS) pada pagi Isnin mengumumkan bahawa mereka telah mengesan satu kes cacar monyet di negara itu. Pesakit itu dikenal pasti sebagai pelawat yang transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sydney Kingsford Smith, Australia.

Beliau dikatakan terbang dari Barcelona, ​​​​Sepanyol, pada 1 Jun dan tiba di Changi pada keesokan harinya pada 2 Jun. Status positif cacar monyet itu dikesan di Sydney ketika lelaki terbabit menjalani pemeriksaan di sana.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

KKS seterusnya berkata, lelaki itu, yang umurnya tidak dinyatakan, menghabiskan semua masa transitnya di kawasan transit Lapangan Terbang Changi sehingga penerbangan seterusnya pada 3 Jun.

Setakat ini, KKS meminta rakyat Singapura untuk tidak merasa bimbang kerana tiada risiko penularan virus cacar monyet dalam komuniti masyarakat.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan Singapura dengan pantas menjalankan pengesanan kontak rapat untuk semua penumpang dalam dua penerbangan dan mereka yang mungkin pernah melakukan hubungan fizikal dengan pesakit tersebut.

Bagaimanapun, 13 orang yang dikesan mempunyai hubungan fizikal dengan pesakit akan dipantau keadaan kesihatan mereka melalui telefon setiap hari untuk tiga minggu akan datang.

Cacar monyet adalah wabak yang pertama kali ditemui pada monyet pada tahun 1958. Virus ini kemudiannya merebak dari haiwan ke manusia sehingga ia menyebabkan gejala demam dan ruam berisi cecair pada kulit dengan kadar kematian 1-10 peratus.

Seseorang boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air liur, cecair dalam nodul kulit, atau objek yang telah tercemar.

Sebahagian besar kes baru-baru ini di UK dan Eropah ditemui pada lelaki gay dan biseksual, manakala Pegawai kesihatan di Sepanyol dan Portugal juga berkata kes mereka adalah pada lelaki muda yang kebanyakannya melakukan hubungan seks sesama lelaki.

Wabak cacar monyet mula merebak di Eropah, ini apa yang anda perlu tahu. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Wabak Cacar Monyet Mula Merebak Di Eropah, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Pakar Akui Terkejut, Jangka Kes Wabak Cacar Monyet Bakal Meningkat Dalam Masa Terdekat

Wabak Cacar Monyet Adalah Senjata Biologis Buatan Manusia, Kata Bekas Saintis Kesatuan Soviet