England, Portugal dan Sepanyol telah melaporkan kes jangkitan virus monkeypox atau lebih dikenali sebagai cacar monyet. Situasi ini telah mendatangkan rasa risau kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana cacar monyet kini dianggap endemik di Afrika.

Portugal dan Sepanyol tidak mempunyai sejarah kes cacar monyet sebelum ini. Sementara itu di UK, menurut pakar kesihatan awam Profesor Jimmy Whitworth dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, sebelum ini hanya terdapat lapan kes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sepanjang sejarah, hanya ada beberapa kes cacar monyet dari luar negeri. Sebelum tahun ini baru ada 8 kes,” kata Profesor Jimmy seperti dikutip Reuters.

Sehingga 18 Mei 2022, UK telah melaporkan 9 kes cacar monyet, Portugal 5 kes, dan Sepanyol 23 kes berpotensi.

Monkeypox adalah wabak yang pertama kali ditemui pada monyet pada tahun 1958. Virus ini kemudiannya merebak dari haiwan ke manusia sehingga ia menyebabkan gejala demam dan ruam berisi cecair pada kulit dengan kadar kematian 1-10 peratus.

Seseorang boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air liur, cecair dalam nodul kulit, atau objek yang telah tercemar.

Profesor Jimmy berkata satu teori popular adalah disebabkan tiada lagi sekatan terhadap pandemik COVID-19. Orang ramai mula melakukan aktiviti seperti biasa sehingga kemudiannya dijangkiti penyakit yang sebelum ini dianggap endemik.

“Teori yang saya kaji mungkin terdapat banyak penyakit ini di Afrika Barat atau Tengah, kemudian perjalanan ke luar negara dibenarkan, akhirnya kes muncul di mana-mana,” kata Prof Jimmy.

“Penyakit ini tidak akan menyebabkan wabak besar seperti COVID, tetapi ia masih merupakan wabak penyakit yang serius jadi ia perlu diberi perhatian sepenuhnya,” akhirinya.

Di Britain, empat pesakit itu dikenal pasti daripada golongan gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain, jelas UKHSA.

“Ini jarang berlaku dan luar biasa. UKHSA sedang menyiasat  punca jangkitan ini kerana bukti menunjukkan terdapat penularan virus cacar monyet dalam komuniti yang disebarkan oleh kontak rapat,” kata ketua pegawai kesihatan UKHSA, Susan Hopkins.

Pakar kesan ‘wabak zombie’ di Kanada, dakwa mampu jangkiti manusia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pakar Kesan ‘Wabak Zombie’ Di Kanada, Dakwa Mampu Menjangkiti Manusia

China Bergelut, Lapor Dilanda Wabak Terbaharu Selsema Burung H5N1

Kehadiran Ayam Import Dari Brazil Dengan Wabak COVID-19 Merisaukan Orang Ramai