Peningkatan kes penularan wabak COVID-19 ini membimbangkan ramai orang di seluruh dunia. Terbaharu, World Health Organization telah mengisytiharkan wabak COVID-19 ini sebagai Pandemik dan keadaan sekarang adalah serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 istilah yang kerap digunakan untuk menunjukkan betapa serius penularan penyakit. Istilah tersebut adalah Endemik, Epidemik dan Pandemik, dan setiap daripada istilah ini membawa maksud yang berbeza.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →

Pandemik bermaksud suatu wabak itu telah tersebar dalam skop yang lebih luas, merentasi sempadan. Sebelum ini, kita menggunakan istilah epidemik untuk wabak COVID-19 ini dimana wabak itu hanya tertumpu kepada satu kawasan dan komuniti.

The World Health Organization on Wednesday declared the novel coronavirus outbreak a pandemic.There are 118,000 cases,…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 11 March 2020

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan bahawa virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut 4,291 nyawa setakat ini serta angka terbabit dijangka akan terus meningkat.

Malah, penularan wabak ini semakin membimbangkan di Eropah, Ireland, Albania, Belgium, dan Sweden serta Bulgaria mencatat kematian pertama semalam. Manakala Itali turut merekodkan lebih 2,300 kes baharu dalam tempoh 24 jam dan jangkitan di Sepanyol pula melonjak mencecah lebih 2,100 orang.

Pastinya dengan pengisytiharan ini akan membuatkan orang ramai panik. Akan tetapi, jika anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kerajaan memainkan peranan mereka untuk membendung perkara ini maka wabak ini dapat dikawal dengan baik.

Orang awam dinasihatkan untuk elakkan diri daripada menghadiri perjumpaan awam, pesta keramaian dan sebagainya ketika ini. Anda juga haruslah elakkan untuk melancong ke negara yang berisiko untuk mendapat jangkitan wabak ini.

Lindungi diri anda dengan 3 langkah mudah, ketahui langkah-langkah tersebut dengan klik pautan di bawah ini.

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif

Coronavirus Cetus ‘Panic Buying’ Di Hong Kong, Tisu Tandas Bernilai Lebih RM500 Dirompak

Anda Mungkin Suka