Tingkat 2 bahagian selatan unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru yang menempatkan pesakit-pesakit kritikal telah terbakar kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Suasana menjadi cemas apabila api semakin marak. Kakitangan HSA dilihat bergegas menyelamatkan pesakit lain dengan membawa mereka ke tempat letak kenderaan HSA.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Jam 1:04pm, Harian Metro melaporkan enam daripada tujuh pesakit disahkan meninggal dunia akibat terperangkap. Mereka terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki. Manakala seorang lagi melecur 80%.

10 staf HSA terlibat di mana 7 sedang dipantau rapi kerana mengalami kecederaan, 2 dimasukkan ke ICU Hospital Sultan Ismail dan 1 di HSA. Dipercayai 3 staf hospital terhidu asap.

Sementara itu, 166 anggota bomba dan 10 jentera bertindak pantas selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi tadi. Dan sehingga jam 10.45 pagi, pasukan bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

“Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali,” katanya, petikan dari Astro Awani.

Buat masa ini siasatan awal polis mendapati, ia berpunca daripada masalah pendawaian yang menyebabkan berlaku litar pintas di wad berkenaan (petikan dari video RTM).

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Johor, berdasarkan maklumat awal saksi, punca kebakaran dipercayai bermula dari sebuah bilik di wad ICU.

Seminggu sebelum kejadian ini, berlaku kebakaran akibat litar pintas di tingkat dua hospital Bhubaneswar menyebabkan 19 orang maut dan 50 lagi cedera.

Antara gambar-gambar di tempat kejadian yang didapati dari WhatsApp:

hsa-06

hsa-05

hsa-04

hsa-03

hsa-08

Video:

Anda Mungkin Suka