Semalam, drama Bougainvillea telah menutupkan tirainya dan ramai berpuas hati dengan episod akhir yang ditayangkan. Akan tetapi, terdapat satu adegan dalam drama tersebut menjadi bualan ramai.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @fridaysaturdaysunday7, sebuah adegan Mimie (Nora Danish) yang terhantuk pintu kereta ketika dihantar Adrian (Beto Kusyairi) mencuri tumpuan penonton.

@fridaysaturdaysunday7

cuba tag nora danish…kompom kepala dia benjol kene bucu pintu…🤣🤣😅😅

♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa

Mana tidaknya, riak wajah Nora Danish yang selamba dan tenang meneruskan babak tersebut sehingga akhir walaupun kita tahu pasti sakit apabila terhantuk. Oleh itu, rata-rata netizen berasa terhibur dan kagum dengan sikap professional Nora Danish menamatkan adegan tersebut.

ND1

ND2

Bukan itu sahaja, ramai tertanya-tanya bagaimana Nora Danish mampu menahan gelak dan sakit demi menghabiskan adegan tersebut agar tidak perlu buat rakaman semula.

Adakah anda perasan situasi tersebut dalam drama Bougainvillea itu semalam? Jika anda berada dalam situasi Nora Danish, apakah reaksi anda?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Penasihat MRKH Kecewa Nama Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Jadi Mainan Netizen

Bekas Bintang K-Pop Terkenal Dedah ‘Tipu Helah’ Agensi Hiburan Korea

Dipersenda Netizen Di Twitter, Norlia Ghani Tidak Kisah Dibandingkan Dengan Kavita Sidhu