Sekiranya anda masih ingat, sekitar dua tahun lalu tular sebuah video seorang wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah yang membuat liputan di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu yang terkejut apabila jurukamera TV3, Haji Abd Aziz Abdullah terjatuh ke dalam sungai.

Insiden tersebut berjaya menarik perhatian ramai menerusi ayat yang disebutkan secara spontan oleh wartawan berkenaan dalam loghat Terengganu iaitu “Allahuakhbar, Abang Azih jatuh bok”. Video tersebut bukan sahaja membuat para netizen terhibur malah turut mengundang kepada parodi Mat Salleh dari negara luar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, menerusi ciapan terbaru daripada Mohd Ishak di Twitter, beliau memaklumkan jurukamera Hj. Abd Aziz Abdullah sedia bersara bermula hari ini selepas 26 tahun berkhidmat.

Bukan itu sahaja, penantian para netizen untuk melihat ‘wajah misteri’ Hj. Abd Aziz akhirnya didedahkan kepada umum beserta ucapan daripada beliau.

Sempena persaraan Abang Aziz serta pendedahan wajah yang dibuat, para netizen nampanya lega dan gembira kerana dapat melihat wajah beliau akhirnya. Selain itu, Raymond Goh selaku pembaca berita TV3 turut mengucapkan selamat bersara buat Abang Aziz.

https://twitter.com/mzrfhh/status/1405764027708448770

Pastinya banyak pengalaman yang ditempuh beliau sepanjang bergelar jurukamera TV3. Kami ucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya buat Hj. Abd Aziz. Didoakan semoga beliau dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Klik pautan di bawah untuk menonton klip parodi ‘jatuh bot’ yang diparodikan oleh Mat Salleh ini. Turut dikongsikan, respon hos Nightline yang melucukan berikutan ditegur ‘mengacau’ slot Mega Movie.

Klip ‘Jatuh Bot’ Jadi Parodi Mat Salleh, Wartawan TV3 Kongsi Kisah Abang Aziz Kepada Netizen

Ditegur Sering ‘Kacau’ Slot Mega Movie, Hos Nightline Beri Respons Melucukan Kepada Netizen