Apabila ada orang ketiga dalam hubungan rumah tangga, pasti ada ‘orang keempat’ atau syaitan yang akan menghasut untuk memporak-perandakan lagi keadaan rumah tangga tersebut.

Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu kisah pembunuhan kejam seorang lelaki berusia 44 tahun yang maut ditikam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah bersama isterinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian tersebut mendapat perhatian orang ramai apabila sebuah video yang tular menunjukkan seorang wanita menangis meminta bantuan orang ramai ekoran telah dirompak, manakala suaminya pula telah ditikam ketika waktu malam.

Namun, polis mendapati kejadian sebenar ternyata bukanlah satu rompakan, tetapi ia satu pembunuhan terancang oleh isteri si mangsa, lapor SerambiNews.com.

Tambah pihak polis lagi, pembunuhan tersebut dirancang oleh wanita tersebut dengan bantuan teman lelaki warga Afghanistan. Hasil siasatan awal mendapati, mereka merancang untuk melakukan pembunuhan tersebut bagi membolot kesemua harta memandangkan mangsa merupakan seorang pemilik perniagaan emas.

Setelah muslihat wanita yang berusia 25 tahun itu terbongkar, sepasukan polis terus menuju ke rumah dan menahan wanita tersebut walaupun ahli keluarga yang ada di rumah tersebut masih bersedih atas kematian si mangsa.

Apabila ahli keluarga dan jiran tetangga mengetahui mengenai perkara sebenar, mereka semua menunjukkan reaksi geram dan mengutuk tindakan wanita terbabit bersama teman lelakinya.

Memetik perkongsian Serambi on TV, wanita tersebut dan teman lelakinya telah merancang untuk menamatkan nyawa si mangsa dengan menampakkan seolah-olah dia dibunuh dalam satu kejadian rompakan. Jadi mereka telah mengupah empat orang lelaki dari Medan untuk ‘menjayakan’ perancangan tersebut.

Ternyata keputusan ‘jahat’ dan kesedihan yang dibuat-dibuat oleh wanita ini umpama jatuh ditimpa tangga. Sudahlah gagal membolot harta si suami, lebih malang lagi dia bakal menjalani hukuman berat bersama-sama teman lelakinya.

Seorang pemuda bawah umur sanggup merempuh sekatan jalan raya bagi mengelak dari ditangkap. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

‘Volkswagen Kuning’ Buat Hal Di Indonesia, Rempuh Sekatan Jalan Raya Ketika Diperiksa

Masih Degil Lumba Haram, Polis Indonesia Nekad Lepaskan Tembakan Ke Arah ‘Mat Rempit’