Sering rasanya dalam kehidupan seharian, kita selalu disogok dengan gurauan jika seseorang itu memiliki wajah seiras kita, beliau adalah jodoh kita.

Tidak turut terlepas juga ada beberapa pandangan yang menyatakan bahawa jika seseorang mahukan kebahagian, dia perlu mencari orang yang memiliki wajah seiras dengannya.

Terbaharu, Doktor Ahmad Rostam Md Zin berkongsi satu fakta mengenai isu di atas di laman Twitter miliknya.

Beliau yang bertindak sebagai Pakar Psikiatri menyatakan dalam bebenang yang bertajuk Fakta Menarik Mengapa Pasangan Kelihatan Seiras berkongsi rahsia bahawa wujud satu kajian pada 2011 yang mendapati bahawa manusia cenderung untuk memilih pasangan yang seiras dengan diri kita sendiri atau ibu ayah kita.

Beliau juga mengaitkan fakta tersebut dengan  teori Assortive Mating di mana teori tersebut menceritakan corak berpasangan dan bentuk pemilihan seksual.

Ia bermaksud bahawa individu tersebut cenderung memilih pasangan yang mempunyai ciri fizikal atau strata sosial yang sama.

Pakar Psikologi Sosial, Robert Zajonc, dalam kajiannya pada tahun 1965 beliau telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaharu.

Hasil kajian mendapati bahawa wajah pasangan yang sudah lama berkahwin seiras dan saling tak tumpah satu sama lain.

Doktor Rostam juga menyatakan dalam bebenangnya bahawa pengalaman, tabiat, bahasa badan dan gaya lebih cendurung untuk ikatan emosi yang selesa dan saling percaya satu sama lain.

Apa yang lebih gembira tentang kupasan fakta ini, ramai netizen yang mula berkongsi gambar dengan pasangan mereka.

https://twitter.com/hanakz_/status/1196236467820888064

https://twitter.com/HaziRaRaRa1/status/1196250647181459456

Semoga yang belum berkahwin jumpa dengan pasangan seiras dan disini kami kepilkan kisah berkahwinan untuk anda baca. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tuah Melamar Di KFC, Pasangan Ini Tarik Perhatian Syarikat Besar Menaja Perkahwinan Mereka

Jurugambar Malaysia Ini Terpilih Sebagai 30 Jurugambar Perkahwinan 2019 Untuk Majalah ‘Rangefinder’

Ini Idea Hadiah Perkahwinan Yang Berguna Untuk Pengantin