Beberapa hari ini panas apabila isu komunis dibangkitkan semula oleh seorang aktivis bernama Fadiah Nadwa Fikri.

Seperti yang ditulis pihak Utusan Online, Fadiah Nadwa Fikri berpendapat perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan dalam buku teks sedia. Fadiah menambah lagi Nadwa golongan kiri turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.

Kenyataan ini dikeluarkan Fadiah dalam satu forum bertajuk ‘Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?’. Sememangnya apa yang diutarakan oleh Fadiah ini dihentam oleh orang ramai. Ramai dibesarkan sejak dari kecil lagi bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) bukan satu parti yang bergerak secara aman.

Sedikit tentang sejarah PKM. PKC telah menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura pada tahun 1927. Sejurus selepas bertapak, mereka terus menyusup ke dalam sekolah-sekolah persendirian, kelas-kelas malam, pergerakan buruh dan pertubuhan-pertubuhan belia. Sejak awal tahun 1930-an, PKM telah menjalankan kegiatannya termasuk mengadakan pemogokan, sabotaj dan tunjuk perasaan secara besar-besaran untuk melemahkan kerajaan British di Tanah Melayu.

Bukan sahaja dalam buku sejarah, kita juga boleh mendengar kekejaman yang dilakukan oleh kumpulan komunis ini daripada insan yang dilahirkan sebelum merdeka lagi. Rata-rata akan mengatakan PKM adalah parti yang kejam dan sanggup menyeksa penduduk dengan cara yang zalim.

Tuan Ismail Zain Iskandar antara yang menentang kewajaran mengikitraf PKM sebagai pejuang kemerdekaan. Beliau turut berkongsikan gambar seksaan yang perkah dibuat oleh komunis kepada penduduk Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Tuan Din Rahman juga turut berkongsi gambar beliau yang lengkap berpakaian askar di mana beliau terlibat dalam misi banteras PKM.

Menurut Tuan Tun Mohamad Shazlan pula, PKM mengganas pada tahun 1970an dan menerusi perkongsiannya, ramai askar dan polis terkorban di tangan PKM.

Sebelum kita menyuarakan sesuatu, kajilah sejarah terlebih dahulu. Tanpa sejarah, kita hidup tanpa ingatan. Setiap perjuangan nenek moyang kita akan jadi sia-sia jika kita mengiktiraf kumpulan pengganas sebagai pejuang kemerdekaan.

Jadi kami tidak bersetuju sekiranya Parti Komunis Malaya diangkat sebagai hero kemerdekaan. Mereka meninggalkan lebih banyak ‘luka’ berbanding kebaikkan dalam sejarah Malaysia. Apa pula pendapat anda tentang isu ini?

Sumber