Beberapa hari ini isu zakat menjadi bualan hangat di media sosial. Semuanya bermula daripada sekeping gambar yang telah di muat naik yang menyenaraikan bahawasanya golongan LGBT antara golongan yang layak menerima zakat di bawah Al-Riqab.

photo_2018-09-06_09-36-51

Al-Riqab merupakan perkataan berbahasa arab yang bermaksud hamba. Ia juga salah satu daripada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Pada masa kini, perkataan Al- Riqab telah diperluaskan sebagai pemberian bantuan untuk membebaskan seseorang dari belenggu kejahilan termasuklah pada sepuluh golongan ini iaitu pelacur, lesbian, mak nyah (Transexual ), gay, homoseksual, Gigolo, biseksual, pengkid, tomboy dan bersedudukan dengan orang bukan lslam.

Dengan pendekatan ini ,ianya dapat menyelamatkan golongan ini daripada dosa zina, hilang punca pendapatan serta dipulau keluarga dan masyarakat.

10 GOLONGAN INI HANYA MEREKA YANG KEMBALI KE PANGKAL JALANFahami maksud sebenar agihan zakat kepada asnaf Al-Riqab…

Posted by Lembaga Zakat Selangor on Wednesday, 5 September 2018

Ini merupakan initiatif Zakat Selangor untuk membantu golongan ini untuk berubah dan sudah diperkenalkan sejak tahun 2012 lagi. Zakat ini tidak diberikan secara terus kepada individu tetapi diberikan kepada pihak NGO atau pusat-pusat pemulihan yang menjalankan usaha memulihkan golongan ini yang ingin berubah dan bertaubat.

Dr. MAZA juga ada membuat kenyataan tentang isu ini menerusi posting Facebook beliau. Dr maza berkata ianya satu tindakan yang baik oleh Zakat Selangor tetapi disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

ZAKAT UNTUK LGBT? Ramai yang bertanya saya pasal zakat di Selangor untuk golongan LGBT. Saya percaya bukan pihak Zakat…

Posted by DrMAZA.com on Wednesday, 5 September 2018

Kesimpulannya, orang ramai tidak perlu cepat melatah dan menyerang pada sesuatu benda yang belum pasti tentang kesahihannya. Sebaliknya, anda haruslah mengkaji dan bertanya pihak yang lebih arif untuk maklumat selanjutnya.

Janganlah hanya membaca headline dan membuat andaian sendiri sehingga anda sendiri akan mendapat dosa. Bak kata pepatah Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.

ZAKAT UNTUK LGBT ? – DFB1. Ia sebenarnya merupakan keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor. Jangan terlalu gopoh…

Posted by Fathul Bari Mat Jahya on Wednesday, 5 September 2018

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group