Personaliti fesyen tempatan yang dikenali sebagai Wak Doyok baru-baru ini dilihat menerima ‘teguran’ daripada salah seorang netizen luar negara gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik beliau di Instagram beberapa hari lalu.

Teguran itu difahamkan dibuat netizen tersebut selepas Wak memuat naik sekeping gambar beliau yang berjambang sambil memasukkan tangan ke dalam poket ketika memakai seragam tentera Amerika Syarikat yang dikatakan berasal dari tahun 1941.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Keluarkan tangan kamu daripada poket dan cukur jambang itu, tinhorn.

“Berhenti mengganggu seragam USMC itu,” tulis netizen yang menggunakan alias @ironmaned15 itu di ruangan komen.

wak2

Perkataan tinhorn yang dilemparkan itu membawa maksud ‘seseorang yang berpura-pura’ mempunyai wang, manakala USMC pula merujuk kepada United States Marine Corps.

Teguran itu tidak berakhir di situ apabila beberapa netizen dalam negara dilihat turut membincangkan perkara tersebut di media sosial dengan ada yang tertanya-tanya kenapa Wak ditegur sedemikian rupa hanya kerana sekeping gambar tersebut.

https://twitter.com/lucydiangkasa/status/1285781271075942402?s=20

Berdasarkan bacaan pantas kami di Internet, isu meletakkan tangan dalam poket dan berjambang ini sebenarnya meming sering menjadi tumpuan dan pernah dilaporkan serta digariskan sebelum ini.

Menurut artikel oleh Operation Military Kids yang difahamkan ditulis oleh sekumpulan bekas tentera AS, mereka (tentera) ini hanya dibenarkan untuk mempunyai misai manakala kesemua bulu yang berada di muka perlu dicukur bersih.

Misai tersebut juga hanya dibenarkan disimpan selepas mereka menamatkan latihan rekruit dimana panjangnya pula tidak boleh melebihi 1/2 inci.

Manakala untuk perbuatan memasukkan tangan ke dalam poket pula pernah dibincangkan sebelum ini apabila salah seorang tentera AS pernah menjadi topik perbincangan gara-gara gambarnya berbuat demikian digunakan oleh salah satu akhbar di negara mereka.

Walau apa sekali pun sebabnya, sudah pasti terdapat peraturan sama ada yang tertulis atau pun tidak mengenai kelakuan memasukkan tangan ke dalam poket kerana jika tidak sudah pasti ianya tidak akan ditegur.

Ketika artikel ini ditulis, Wak Doyok bagaimanapun masih belum memadamkan gambar tersebut dan masih berada di akaun Instagramnya dan masih boleh dilihat orang ramai walaupun sudah ada netizen yang menasihatkannya untuk memadam hantaran tersebut.

Wak Doyok sebelum ini juga pernah menjadi tumpuan selepas dikatakan memiliki cincin yang tidak sepatutnya dimiliki. Baca lebih lanjut mengenanainya di pautan di bawah.

Ukir Lambang Diraja Johor Pada Cincin, Wak Doyok Mohon Ampun Kepada Tunku Idris

Wak Doyok Mengaku Tidak Bersalah Guna Lambang Sultan Johor, Berdepan Denda RM500,000

Berjaya Raih 20K Retweet, Remaja Ini Bakal ‘Naik’ Mustang Milik Wak Doyok