Wak Doyok sebentar tadi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkontaan Sultan Johor selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob lapor Berita Harian. Wak Doyok yang berkemeja batik coklat tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9.00 pagi.

Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor,40 didakwa menggunakan lambang kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi tujuan persendirian tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Sultan Johor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia berikutan perkongsian beberapa hari yang lalu oleh Tunku Idris Iskandar Al-haj di Instagram yang mahukan penjelasan daripada Wak Doyok mengapa beliau menempah cincin dengan lambang tersebut.

Wak Doyok telah didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017. Ia membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad meminta mahkamah memberi jaminan RM50,000 ke atas tertuduh, namun peguam MN Halim Md Amin dan Syaffie Naim merayu denda yang rendah.

“Anak guam menjaga ibunya yang berusia 78 tahun di samping pendapatan perniagaannya terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19),” kata MN Halim.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM35,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kes ditetapkan pada 15 Jun ini bagi penyerahan dokumen.

https://www.instagram.com/p/B_hxmBaAOcE/?utm_source=ig_embed

Wak Doyok mengundang kontroversi apabila tindakannya menempah dan membeli cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 2018 melalui dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia. Wak Doyok bagaimanapun teleh membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahannya itu minggu lalu.

Klik pada pautan di bawah untuk melihat rekaan cincin yang mencetuskan kontroversi ini.

Ukir Lambang Diraja Johor Pada Cincin, Wak Doyok Mohon Ampun Kepada Tunku Idris

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet