Nampaknya kini anda akan dapat menikmati rasa gula-gula masam manis Haw Flakes yang menjadi kegemaran ramai suatu ketika dahulu dalam bentuk aiskrim. Sebelum ini, aiskrim berperisa gula-gula White Rabbit mengamit nostalgia anda, dan kini hadir aiskrim perisa gula-gula Haw Flakes.

Kedai aiskrim Waka Waka Gelato telah mengumumkan akan tampil dengan aiskrim perisa gula-gula Haw Flakes tersebut. Pastinya anda tidak sabar untuk merasai sendiri rasa aiskrim gula-gula Haw Flakes ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, aiskrim edisi terhad ini dijangka akan dijual pada awal bulan April ini di kedainya yang terletak di  MAHSA University di Kuala Lumpur. Kedai ini dibuka setiap hari pada jam 12.30 tengahari hingga 4 petang tetapi berbeza waktu beroperasinya pada hujung minggu iaitu pada jam 12.30 tengahari hingga 10 malam.

Harga bagi aiskrim tersebut adalah RM9 per scoop. Nantikan kemunculan aiskrim ini yang pastinya akan mengembalikan nostalgia kepada anda. Anda pasti teruja mendengar berita ini.