Mengadap Negarawan, Tun Mahathir Mohamad.

Aku dan beberapa orang wakil DuBook Press telah datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana untuk bertemu the one and only Tun Mahathir Mohamad.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →

Kedatangan kami tidak lain cuma dengan satu tujuan, mempelawa Tun Mahathir menerbitkan buku bersama DuBook Press.

Kami datang sejurus Tun Mahathir melepaskan hampir kesemua jawatan kerajaan yang beliau pegang, samada dengan kerelaan sendiri atau sebaliknya.

Berborak dengan Tun M mula-mula memang kucar kacir. Yelah, dari aku lahir dia dah mentadbir Malaysia, nak bersembang apa topik pun rasa tak ada konfiden.

Dah masuk 5-10 minit baru lah ok masing masing bertenang, boleh put forward proper thoughts dan soalan soalan untuk Tun jawab.

Topik paling banyak Tun M sentuh tak lain hal jati diri bangsa. Ya bunyinya klise, tapi itu lah yang dia tekankan.

Dari jati diri, Tun M ulas pasal ekonomi, kedudukan politik dahulu dan sekarang, pasal konsep perniagaan, pasal persaingan, pasal survival dan sedikit sebanyak isu isu yang melibatkan pengurusan ekonomi negara terutamanya hal AP dan the beloved brainchild, Proton.

Nampak tipikal, tapi tak jadi tipikal bila yang bercakap tu is the man himself, dan dia bercakap benda benda bijak dengan kau secara direct, bukannya kau dengar di televisyen, bukan juga di Youtube, bukan juga bacaan di portal-portal apatah lagi akhbar-akhbar.

Aku ingat satu scene wartawan komen Tun lama dulu, masa tu menara Taipei 101 dalam pembikinan. Komen wartawan ni nak peleceh la;

Menara Taipei 101 dah nak siap, KLCC ni habis la hilang pride as tallest building in the world. Tun jawab rileks je lebih kurang ayat dia;  “Taipei 101 got one tower, we got two!”

Steady betul Tun M punya bijak.

Masa tengah berborak hal Proton, aku mencelah bangkitkan persoalan;

“Tapi Tun, orang dok komplen kereta Proton ni pakai 2-3 bulan power window dah buat hal, macam mana tu?”

Tun jawab balik;  “Lamborghini pun terbakar tepi jalan”. Klasik Tun Mahathir!

Aku puas hati betul kena depan-depan macam tu. Kahkahkah!

Baca: Luahan Hati Mukhriz Ini Memberi Gambaran Sisi Sisi Lain Tun Mahathir. Dan Kami Sukakannya

dr-mahathir-1

dr-mahathir-2

dr-mahathir-3

Terimas kasih Mat [email protected] Fakhruradzi yang mengatur pertemuan ni. Salah satu wild dream aku dulu nak sampaikan DTMKK kepada Tun M, dan Alhamdulillah buku DTMKK memang dah sampai ke tangan Tun M.

Namun apa yang lagi penting, cita-cita DuBook nak terbitkan buku Tun Mahathir ketika hayatnya, InsyaAllah akan tercapai. Tu paling utama. Masa team DuBook tanya Tun pasal royalti, Tun jawab;

“Bagi jadi buku tu dulu, royalti cerita kemudian.”

Real betul. Hangpa tunggu!

Baca lagi: 11 Pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad Untuk Rakyat Malaysia

Artikel di atas disumbangkan oleh Fdaus Ahmad. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka