Isteri kepada penyanyi rap terkenal, Yonnyboii iaitu dikenali sebagai Nik Nazira menjadi perbualan hangat netizen baru-baru ini apabila menggayakan pakaian yang terdedah di Instagram miliknya seperti mengalami kejutan budaya.

Walau bagaimanapun, Nik Nazira menafikan kenyataan tersebut, malah dia mengatakan dia memang sudah berpakaian seperti itu sejak zaman kolej lagi sebelum berkahwin dengan Yonnyboii.

Baca Juga:

Selain itu, dia turut menambah bahawa dia lebih selesa berpakaian seperti sekarang walaupun sering dikecam oleh netizen di media sosial. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik katanya.

“Yonny pun minta saya jangan baca komen. Saya pun tak baca dan kehidupan gembira saja. Jadi, biarlah netizen nak kata apa pun. Mereka kutuk, saya dapat pahala,” katanya.

Suaminya, Yonnyboii menasihatnya jangan peduli kecaman orang dan tidak perlu membaca komen-komen yang negatif kerana ia akan mengganggu ketenteraman dan emosi.

Dalam pada itu, Nik Nazira meminta maaf sekiranya pakaiannya itu keterlaluan dan terlalu terdedah untuk dilihat sehingga boleh ‘menyakitkan’ mata warganet.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram Nik Nazira, segelintir warganet menitipkan doa untuknya agar mendapat hidayah kembali suatu hari kelak.

Sementara itu, Yonnyboii pernah mengatakan kepada peminat supaya jangan terkejut dengan penampilan isterinya tidak bertudung di tempat awam kerana sebelum ini Nik Nazira menutup auratnya sebelum berkahwin dengan pelantun lagu ‘Kecewa’ itu.

 

Sumber