Pengumuman terbaru dari Menteri Kanan Kluster Keselamatan Ismail Sabri Yaakob mengenai pelanjutan waktu operasi restoran dan kedai serbaneka pasti mengujakan orang ramai.

Dalam sidang media yang berlangsung hari ini, beliau mengumumkan waktu operasi perniagaan seperti restoran dan kedai serbaneka akan dilanjutkan sehingga ke jam 2 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

 

Arahan untuk kedai makan dan serbaneka beroperasi sehingga jam 12 tengah malam itu adalah sebahagian daripada langkah yang diperkenalkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berlangsung ketika ini.

Dengan PKPP yang hanya akan berakhir hujung tahun ini, perkhabaran itu sudah pastinya memberikan kelegaan kepada orang ramai sebelum ini yang hanya mempunyai masa sehingga 12 tengah malam untuk membeli makanan dan barangan kelengkapan di kedai serbaneka sebelum ini.

Malah pengumuman tersebut juga turut disambut baik netizen yang meninggalkan komen mengenai pengumuman tersebut di media sosial petang tadi yang rata-rata bersyukur waktu operasi perniagaan itu dipanjangkan.

https://twitter.com/Benji827/status/1303951724378382337?s=20

Jadi kepada anda yang memerlukan untuk membeli barang keperluan secara kecemasan atau tiba-tiba mengidam untuk menikmati makan tengah lewat malam tidak lagi berdepan dengan masalah kedai dan premis yang ditutup lebih awal sebelum ini.

Baca juga perkembangan terbaru COVID-19 dalam negara melalui perkongsian kami di pautan di bawah. 

28 Mukim Kota Setar Bakal Melaksanakan PKPD Pentadbiran Bermula 11 September

14 Lokasi Di Langkawi Disahkan Telah Dilawati Individu Positif COVID-19

Kerajaan Memutuskan PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020