Seorang peminat baseball yang duduk di barisan hadapan luar kawasan padang telah mengganggu pemain dari Milwaukee Brewers, Gerardo Parra menangkap bola yang sedang melayang di udara.

Peminat itu telah menangkap tangan Parra namun Parra berjaya menangkap bola yang jatuh ke dalam sarung tangan miliknya. Selepas berasa malu, peminat itu terus menarik tangannya semula dan duduk di kerusinya.

Parra bertindak tenang dan kembali ke posisinya. Dia telah menunjukkan “thumbs up” kepada peminat itu dan anaknya untuk memastikan kedua mereka OK.

Parra bernasib baik dapat menangkap bola yang dipukul oleh pemain lain lalu bergegas ke tempat peminat itu semula untuk memberikan bola kepada anaknya. Well done, Parra!

https://www.youtube.com/watch?v=RwYS8Jq8GEQ

Like The Vocket di Facebook