Sekiranya kita menghadiri ke acara pameran kereta, sudah pasti para pengunjung mahu melihat kereta-kereta menarik dan cantik dipamerkan di hadapan khalayak ramai.

Bagaimanapun tular satu perkongsian gambar oleh Facebook Malaysian Modders di mana sebuah Perodua Myvi yang nampak seperti ‘rosak’ itu telah dijadikan kereta pameran dalam satu acara automotif di Sabah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Gambar-gambar itu telah menarik perhatian netizen yang berasa pelik dan janggal melihat bagaimana kereta seperti ‘terlibat dalam kemalangan’ itu boleh dijadikan sebagai salah satu kereta pameran.

Pun begitu, masih ada juga yang menghargai ‘seni’ pada kereta Myvi tersebut dengan berpendapat bahawa setiap aktiviti sukan permotoran mempunyai warna-warninya yang tersendiri.

Sumber Gambar: Facebook Malaysian Modders
Sumber Gambar: Facebook Malaysian Modders
Sumber Gambar: Facebook Malaysian Modders
Sumber Gambar: Facebook Malaysian Modders

Ada juga yang memberikan pandangan sekiranya mahu pamerkan ruangan enjin Myvi tersebut, lebih baik pemiliknya ‘bersihkan’ terlebih dahulu supaya tidaklah nampak seperti kereta terbiar selepas terlibat kemalangan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.