Pada sekitar bulan April nanti, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka meneruskan bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan siri ‘BRA’ walaupun gabungan bunyi tiga huruf itu berbaur seksis.

Menurut Utusan Malaysia, sumber agensi berkenaan memberitahu setakat ini, tidak ada sekatan terhadap penggunaan siri plat pendaftaran kenderaan darat dengan huruf tertentu.

“Insya-Allah, huruf tersebut tetap diteruskan apabila tiba masa selepas siri BQY tamat sekitar April depan,” kata sumber agensi tersebut.

Polemik gabungan tiga abjad tersebut bagaimanapun tular diperkatakan segelintir warganet kerana sebutannya menyerupai pakaian dalam wanita dalam bahasa Inggeris.

“Itu mungkin sekadar pandangan persepsi masyarakat, tetapi, bagi pihak JPJ, kombinasi huruf sedemikian tiada pun melambangkan maksud spesifik kepada mana-mana benda.

“JPJ pada masa ini memang pun tiada polisi khusus yang akan mengharamkan siri huruf tertentu macam pernah dilakukan oleh Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) di Singapura,” terang sumber.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat lagi nombor pendaftaran menarik yang pernah dibida oleh orang ramai sebelum ini melalui pautan di bawah.

JPJ Negeri Kedah Berjaya Capai Sasaran, Nombor Pendaftaran ‘KFC’ Raih Kutipan Lebih RM2 Juta

JPJ Buka Bidaan Untuk Nombor Pendaftaran Kenderaan ‘Malaysia’

Giliran Universiti Malaya Buka Bidaan Plat Kenderaan ‘UM’

Sumber