Baru sehari bersidang di parlimen, sudah berlaku kekecohan pagi tadi. Ianya berikutan pemimpin parti pembangkang tidak bersetuju dengan pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohd Ariff Md Yusof. Tindakan meninggalkan dewan adalah sebagai tanda boikot mereka dengan pelantikan ini.

Menerusi rakaman video yang dibuat Kini TV, dapat dilihat ada ahli parlimen yang cuba untuk pujuk Khairy untuk keluar bersama mereka. Tetapi disebabkan prinsip, Khairy tetap duduk di kerusinya tanpa berganjak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bekas Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Anifah Aman juga dilihat ‘menemani’ Khairy duduk bersidang di dalam dewan. Difahamkan bekas ketua puteri, Datuk Mas Ermieyati turut tidak keluar dewan semasa protes ini.

Bercakap kepada Sinar Harian, Khairy Jamaluddin berkata tindakan beliau tidak keluar Dewan Rakyat seperti yang dilakukan akan pimpinan BN dan PAS pagi tadi adalah kerana beliau menghormati majlis. Meskipun tidak berpuas hati dengan pelantikan berkenaan, keluar dewan bukanlah cara beliau menyatakan bantahan.

“Hari ini merupakan hari kita mengangkat sumpah jadi kita perlu hormati Dewan dan juga menghormati majlis angkat sumpah,” terang Khairy.

Syed Saddiq menerusi laman Twitternya memuji tindakan Khairy dan beliau turut menulis pihak pembangkang sepatutnya berpuas hati kerana speaker yang dilantik bukan dikalangan ahli parlimen kerajaan.

Tindakan Khairy ini menunjukkan masih ada wakil daripada pihak pembangkang yang bagus untuk memastikan ada check and balance dalam kerajaan ketika ini. Tahniah Khairy kerana tidak tunduk dengan desakan.