Saat ini, petugas barisan hadapan kita bertungkus lumus untuk memastikan pesakit COVID-19 pulih dan memastikan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Sudah sewajarnya kita memberikan penghargaan buat petugas barisan hadapan kita. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini dipilih antara 3 doktor terbaik dunia dalam pengendalian COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik perhatian apabila dalam kesibukan Dr Noor Hisham menguruskan kes penularan wabak COVID-19 ini, beliau sudi untuk meluangkan masa membalas surat peminat cilik.

Difahamkan, seorang kanak-kanak telah menulis sepucuk surat buat beliau sebagai tanda penghargaan dan Dr Noor Hisham telah membalas dengan memberi kata-kata semangat kepada kanak-kanak tersebut.

Menerusi surat tersebut juga, Dr Noor Hisham mengucapkan terima kasih kepada Lara dan seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama duduk rumah bagi membendung penyebaran virus ini. Tambahnya lagi, beliau mengatakan gelang pemberian Lara telah dipakai oleh cucunya sebagai tanda terima kasih.

Pastinya tindakan yang dilakukan oleh Dr Noor Hisham ini akan membuatkan Lara berasa gembira dan dihargai. Apa pandangan anda melihat tindakan dan pendekatan yang dilakukan oleh Dr Noor Hisham?

Baca artikel berkaitan COVID-19 di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Dipilih 3 Terbaik Dunia Kendalikan COVID-19, Dr Noor Hisham ‘Kini Trending’ Di Twitter

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Dijangkiti COVID-19 Buatkan Dirinya Kenal Erti Syukur