Melihat video ini, pasti membuatkan anda terharu dan berharap alangkah bahagianya jika pasangan hidup dapat berbuat perkara yang sama. Tiada kata dapat menggambarkan betapa gembiranya hati seorang isteri, walaupun setelah 16 tahun mendirikan perkahwinan dan hidup bersama si suami masih mampu membuat kejutan sebegini.

Ceritanya begini, Tommy dan Janet telah berkahwin selama 16 tahun dan masih hangat mencintai satu sama lain. Demi menunjukkan cinta dan komitmennya adalah sepenuh hati. Tommy telah membuat satu kejutan yang menunggu isterinya sebaik sahaja mereka masuk ke Hotel Westin di Seattle.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semasa mereka menunggu di kaunter penerimaan, seorang lelaki tiba-tiba melompat dan memulakan tarian dan apa yang membuat Janet lebih tergamam ialah apabila ada beberapa lagi lelaki yang meyertai tarian dan menari pada rentak lagu “Marry Me”.

Perhatikan reaksi Janet yang tergamam dan mengeluarkan air mata terharu, pasti terasa sangat dihargai dan disayangi oleh suaminya.

Kemuncak kejutan ini adalah apabila suaminya Tommy melutut pada sebelah kaki dan melamar isterinya sekali lagi, yang semestinya mengatakan YA!

Suami Mana Yang Tak Sayang Isteri!

Like page The Vocket di Facebook.