Permainan ‘Kuda Kepang’ merupakan salah satu seni warisan yang bertapak di Malaysia sejak sekian lamanya. Bagaimanapun permainan itu sudah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor sejak tahun 2009 lalu.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini permainan itu kerap kali keluar di live TikTok pada waktu malam. Dalam video itu kelihatan ramai generasi muda sedang ‘isim’ menari dengan berperwatakan haiwan seperti kuda, keldai dan monyet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bahkan ada yang melakukan aksi lebih berbahaya dengan memecahkan lampu kalimantang, memakannya atau berjalan di atasnya tanpa kasut tanpa mencederakan diri sendiri.

https://twitter.com/meili_tann/status/1624666045033373696?s=20&t=PFH2r_2v6vGRRH_xcwHV-Q

Video-video permainan kuda kepang yang didakwa berlaku di Johor yang dirakam dan dikongsikan di platform TikTok telah menarik perhatian netizen.

Didapati ramai generasi baharu yang tidak tahu mengenai permainan itu dan hanya mengetahuinya selepas melihat rakaman-rakaman video itu — ada yang berasa takut dan ada juga yang ‘terpesona’ melihat tarian dan mendengar alunan muzik yang dimainkan.

Dalam pada itu, ada netizen berpendapat adalah tidak patut ‘mengharamkan’ permainan kuda kepang kerana ia seolah-olah melenyapkan budaya penduduk tempatan, seperti yang terjadi kepada beberapa budaya di negeri Kelantan.

Terdahulu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Februari 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor.

“Permainan kuda kepang sama ada tarian biasa atau dramatari atau tarian gelanggang adalah haram kerana ianya bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

“Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan kuda kepang. mereka yang bergiat dalam permainan kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat nasuha,” petik dari laman web JAKIM.