Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, NGO Pertubuhan Kembara Amal (atau #peka) mengadakan eksplorasi 4×4 berserta ibadah korban di beberapa buah negara seperti Thailand, Laos dan China.

Di dalam perjalanan pulang mereka berhenti di sebuah masjid dan kemudian terjumpa sebuah pusat jagaan fakir dan muallaf yang bertempat di Chiang Khong, sempadan Laos-Thailand.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Terdapat kisah menarik diceritakan oleh Tuan Khir Ariffin di dalam fb beliau:

Subhanallah. Perancangan Allah Maha Hebat.

Ketika kami singgah utk lunch selepas melepasi border Thailand dari Laos tadi, dtg seorang hamba Allah berbasikal memberi salam.

Setelah berbual ringkas beliau menjemput kami utk singgah solat di Masjid yg terletak 3km dari jalan utama. Kemudian beliau menawarkan utk memberi daging korban yg ada didalam peti ais dirumahnya.

Tidak lama kemudian hamba Allah tadi sampai semula membawa daging qurban yg dijanjikan. Sebelum beredar dia sekali lagi menjemput utk singgah di masjid yg dimaksudkan tadi.
Selepas kami selesai menggoreng daging yg diberi dan selesai makan late lunch maka kami decide utk solat jamak taakhir di masjid tersebut.

Alangkah sebak rasa dada kami tatkala tiba di masjid tersebut. Rupanya dikawasan terpencil yg majoritinya none muslim ada beberapa keluarga islam disitu yg membuka pusat jagaan anak2 yatim dan fakir miskin.

Apa yg lebih menyentuh hati kami ialah dgn serba kekurangan mereka tekad utk memelihara anak2 tersebut yg terdiri dari pelbagai agama dan latar belakang keluarga.

Anak2 disini didik dgn agama islam. Walau ibu bapa mereka masih beragama budha namun anak2 ini diizinkan utk dididik dgn cara islam.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah kami dapat kumpulkan derma kilat dari baki sumbangan sahabat2 fb dan para peserta konvoi dgn jumlah hampir RM4 ribu.

Kami juga telah bersetuju utk sama2 bangunkan tempat ini sebagai pemangkin dakwah islam utk generasi akan datang.

Mahukah anda sama2 turut serta bersama ‪#‎PeKA‬ membantu?

Jika ya sila taip “saya mahu” atau pm saya.

Moga Allah merahmati anda semua. Mohon like atau share info ini. Moga pahala berkongsi perkara baik berpanjangan.

*mesej ini ditulis ketika sedang dlm perjalanan ke Lampang, Thailand




Sumber: Tuan Khir Ariffin, Ir Asiah

Like page The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka