Nampaknya ‘hype’ filem Mulan ini kian terasa dan Walt Disney Studios telah berkongsi trailer rasmi terbaharu filem Mulan. Pasti anda akan berasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan filem ini di pawagam.

Menerusi trailer ini, dapat dilihat bagaimana Mulan menyamar menjadi lelaki menggantikan ayahnya untuk menyertai peperangan dan ketekunan Mulan berlatih menjadi yang terbaik sebagai seorang askar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Adakah rahsia Mulan akan kekal selamat atau sebaliknya? Berjayakah Mulan untuk membawa kejayaan dan penghormatan kepada keluarganya? Sama-sama kita nantikan.

Untuk pengetahuan anda, filem ini akan ditayangkan di pawagam pada bulan Mac 2020. Sementara itu, tonton dahulu trailer ini supaya dapat gambaran filem tersebut.

Terbaharu, adegan Mamak Maju dalam filem Ejen Ali telah dikongsikan. Klik pautan di bawah untuk melihatnya. 

Tonton Kembali Adegan Paling ‘Win’ Dalam Ejen Ali: The Movie

‘Fun’ Dan Penuh Aksi, Ejen Ali: The Movie Animasi Tempatan Terbaik Tahun Ini

Baru Sehari Ditayangkan Di Pawagam, Ejen Ali: The Movie Raih RM1.86 Juta Kutipan