Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan terbaharu, sumber Malay Mail menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal menjadi perdana menteri wanita pertama Malaysia buat sementara waktu.

Malay Mail berkata bahawa Dr Mahathir telah menetapkan Dr Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara selepas partinya PPBM memilih untuk meninggalkan pentadbiran Pakatan Harapan.

“Wan Azizah adalah perdana menteri,” kata Malay Mail yang mendapat laporan daripada individu yang dekat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya sama ada beliau akan menggantikan Dr Mahathir.

Namun berita ini tidak dapat dipastikan. PH pula dilaporkan telah hilang majoriti di Parlimen.

2020-02-24 15.47.59

MalaysiaKini

Semalam, parti-parti politik Bersatu, Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak, Parti Warisan Sabah dan beberapa puak dari PKR telah berkumpul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Tujuan pertemuan itu diadakan tidak dapat dipastikan selepas mereka masih memilih jalan berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjawab spekulasi yang terbentang sejak semalam.

Dilaporkan bahawa wujud satu spekulasi bahawa kerajaan PH akan digulingkan dan digantikan dengan Pakatan Nasional dari parti pembangkang, namun berita ini tidak dapat disahkan.

Jemput baca tulisan lain mengenai konflik politik di Malaysia, klik pautan di bawah untuk membaca.

Landskap Politik Malaysia, Golongan Mana Paling Rugi Jika Berlaku Perubahan Kerajaan?

Anda Mungkin Suka