Selepas hampir 20 tahun, pelakon Wan Maimunah akhirnya mencari kembali lelaki yang pernah berlakon meragutnya dalam sebuah iklan ketika dahulu.

Iklan ragut yang dibintangi mereka berdua itu kembali popular beberapa tahun kebelakangan ini di media sosial- dimana lelaki tersebut sering dijadikan meme dan bahan jenaka oleh netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
AnyConv.com__ragut
Pelakon iklan ragut bersama Wan Maimunah yang sering dijadikan meme di media sosial

Bukan sahaja dijadikan bahan jenaka, malah akaun media sosial troll popular Si Rashid sebelum ini juga pernah menjelaskan watak Abang Hashim dalam jenaka mereka sebelum ini juga diinspirasikan daripada wajah lelaki tersebut.

Akaun Si Rashid di Facebook sebelum ini sering berkongsi troll mengenai isu semasa menggunakan watak Abang Hashim dan sehingga kini mempunyai lebih 600,000 pengikut di platform tersebut.

Kalau baca berita ini sila hubungi

Kembali kepada pencarian pelakon Wan Maimunah tadi, beliau baru-baru ini dilaporkan meluahkan hasrat tersebut dalam satu temu bual bersama Harian Metro.

Wan Maimunah menjelaskan niatnya untuk bertemu dengan lelaki itu adalah disebabkan iklan yang dibintangi mereka berdua itu masih mempunyai impak kepada masyarakat sehingga ke hari ini.

“Kalau ada peluang, saya teringin sangat nak berjumpa dengan individu yang jadi ‘peragut’ itu.

“Mana tahu, kalau dia membaca berita ini, sila hubungi saya” katanya kepada Harian Metro.

Mengimbau kembali kenangannya ketika penggambaran iklan khidmat masyarakat itu, Wan Maimunah berkata dia juga ada membantu lelaki tersebut sepanjang penggambaran berlansung.

Ini kerana jelasnya lelaki tersebut bukanlah pelakon dan beliau terpaksa memberikan tunjuk ajar kepadanya untuk menampakkan adegan dalam iklan popular itu lebih realistik.

“Lelaki yang berlakon sebagai “peragut’ itu pun bukanlah pelakon.

“Jadi, ibu yang ajar dia bagaimana untuk menampakkan adegan ragut itu seakan realistik,” katanya.

Anda boleh menonton kembali iklan ragut yang dibintangi Wan Maimunah dan lelaki ini di pautan di bawah.

Jadi kepada anda yang mempunyai maklumat atau mengetahui di mana lelaki yang terkenal sebagai peragut ini, mungkin anda boleh menghubungi pihak Wan Maimunah dan menunaikan hasratnya untuk bertemu kembali dengan ‘peragut’ ini.

 

Baca juga reaksi netizen sebelum ini yang terkejut bila mengetahui pelakon veteran Aznah Hamih pernah membintangi filem Tamil bersama Rajinikanth di pautan di bawah. 

Netizen Tergamam Bila Tahu Aznah Hamid Pernah Jadi Heroin Rajinikanth

Pelakon ‘500 Days Of Summer’ Ini Cari Individu Boleh Berbahasa Melayu Di Facebook

Sebiji Macam Siti Nurhaliza, Nyanyian ‘Suara Kepit’ Lelaki Ini Buat Netizen Tergamam

Sumber