Wan Maimunah, seorang pelakon veteran berbakat telah membuat pendedahan bahawa dirinya tidak pernah menerima bayaran setimpal dengan hasil kerja yang dilakukannya walaupun sebenarnya dia layak mendapat lebih disebabkan bakat lakonan dimilikinya.
Menerusi laporan, Wan Maimunah mengatakan bahawa dia terpaksa mengemis untuk mendapatkan haknya apabila ada pihak produksi bersikap culas untuk membuat pembayaran dan dia memang tak ambil wang pendahuluan kerana bayarannya pun tidak seberapa.
Baca Juga:
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
“Bayaran diberikan juga tak setimpal dengan usaha diberikan sampai pernah ibu (panggilan Wan Maimunah) minta tambah dan tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai.
“Ada orang kata ibu bodoh, tetapi ibu bukan jenis kisah sangat kerana berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki dari Allah,” katanya.
Tambahnya, dia tidak menyalahkan pihak produksi sepenuhnya tetapi merayu agar pihak penerbit lebih peka. Malah, dia sudah memaafkan dan menghalalkan pada pihak yang masih belum melunaskan bayaran kepadanya.