Semalam berlangsungnya acara lelongan wang kertas dengan nombor siri menarik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling menarik perhatian, ialah sehelai wang kertas bernilai RM100 dengan nombor siri AA8888888 yang telah mencatat harga terakhir sebanyak RM76,000. Ia merupakan jualan lelongan tertinggi bagi wang kertas tempatan setakat ini.

Kami bernasib baik kerana terjumpa video ini di sebuah group facebook Kemaruk Duit Lama, iaitu kumpulan bagi peminat numismatik.

Wang kertas ini juga datang bersama dengan sekeping Sijil Akuan Ketulenan dari Bank Negara Malaysia.

Acara lelongan ini dikendalikan oleh MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd, iaitu juru lelong yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia. Di dalam acara semalam terdapat 178 keping wang kertas yang mempunyai nombor siri unik dilelong.

Bidaan lelongan itu adalah yang tertinggi sehingga kini selepas jualan lelongan pertama yang diadakan pada September tahun lalu memperlihatkan harga tertinggi dicatatkan bagi sekeping wang kertas mencecah RM20,000.

Perkara ini juga telah mendapat perhatian media tempatan.

Anda boleh membaca berita selanjutnya di sini.

BACA JUGA: 6 Duit Syiling Malaysia Yang Termahal Pernah Dijual

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram