Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dikalangan masyarakat Malaysia, wujud sebahagian komuniti yang suka mengumpul barang-barang antik atau rare. Komuniti ini sanggup menghabiskan beribu ringgit bagi memperoleh barangan idaman mereka. Dan walaupun COVID-19 melanda dunia sehingga memberi kesan kepada ekonomi, ia masih belum cukup kuat untuk menghalang mereka dari melabur demi hobi mereka yang mahal.

Itulah situasi yang terjadi apabila Hann Boom, pengarah Trigometric Auctions memberitahu Free Malaysia Today bahawa sekeping wang RM50 edisi khas tahun 2007 yang dikeluarkan sempena ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 telah dijual pada harga yang tinggi iaitu RM708,000 pada lelongan bulan Julai yang lalu.

Pada lelongan lain minggu lepas, wang kertas $25 Sarawak tahun 1929 dilelong pada harga RM212,400 manakala wang kertas $1 Malaya 1940 yang dikeluarkan semasa pentadbiran British dijual pada harga RM188,800, manakala lelongan hujung minggu sahaja mencatatkan sejumlah RM8 juta, dengan kira-kira 700 pembeli.

Bagi wang Sarawak, Hann berkata terdapat hanya 15 wang kertas versi negeri tersebut yang masih wujud di seluruh dunia dengan sembilan telah digredkan oleh syarikat yang berpangkalan di AS manakala satu lagi digredkan oleh firma Cina-Malaysia. Baki lima lagi dipegang oleh pengumpul persendirian dan telah muncul di pasaran, tambahnya.

Kata Hann, kenapa komuniti ini sanggup membida wang kertas pada harga yang tinggi adalah sebagai pelaburan pada masa akan datang. Semua wang yang dibeli oleh numismatis (pengumpul syiling dan wang kertas) akan disimpan dalam beberapa waktu yang lama sebelum dijual pada harga yang lebih tinggi.

Beliau berkata ramai daripada mereka yang melabur dalam perniagaan yang melibatkan hiburan malam dan gimnasium hampir tidak terjejas oleh wabak disebabkan sebahagian daripada mereka telah melabur dalam perniagaan ini. “Sesetengah orang hanya pengumpul barang-barang rare, termasuk mata wang lama, manakala yang lain melakukannya sebagai pelaburan.”

Hann yang juga merupakan seorang pengumpul barangan lama berkata terdapat hanya kira-kira 20 pakar numismatis yang serius di Malaysia, manakala kira-kira 600 atau lebih dikenali sebagai pengumpul kasual dengan harapan untuk menjualnya pada masa akan datang.

“Pasaran Malaysia adalah antara yang terkecil di rantau ini kerana peningkatan itu berlaku dari semasa ke semasa. Ia boleh menjadi hobi tetapi akhirnya boleh menjadi satu yang boleh digunakan untuk mengaut keuntungan besar,” katanya.

Model rare Nissan Skyline R34 dijual pada harga RM2 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kini Berada Di Johor, Model ‘Rare’ Nissan Skyline R34 Dijual Pada Harga RM2 Juta

Wang Kertas RM100 Ini Dilelong Pada Harga Yang Sangat Tinggi

Cubaan Melelong Kerusi Yang Digunakan Oleh Lisa Manabon Dengan Harga RM13,000 Dikecam Peminat Blackpink

Anda Mungkin Suka