Sebut sahaja nama David Beckham, semua pasti sangat mengenali legenda bola sepak ini. David Beckham seperti artis ternama lain kini turut melancarkan wangian beliau sendiri yang kini sudah mendarat di Malaysia.

Direka khas oleh syarikat pereka minyak wangi mewah Coty International (pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss) serta David Beckham sendiri, wangian David Beckham membuat kemunculan sulungnya di Malaysia hadir dengan empat pilihan haruman berbeza yang boleh dipilih: Instinct, Homme, Respect dan Classic.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

4 individu tempatan; Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry dan Faeez Fadhililah dipilih untuk menjadi wakil kepada 4 wangian David Beckham ini.

Beckham Perfime Cover 2

Bagi menandakan kemunculan sulung David Beckham Fragrances di Malaysia, anda boleh sertai cabaran #SuitUpChallenge. Muat naik gambar SEBELUM dan SELEPAS ‘Suit-Up’ anda ke akaun media sosial dengan hashtag #SuitUpMY dan #DavidBeckhamFragrances untuk peluang memenangi hadiah lumayan.

Wangian terbaru David Beckham ini akan dijual pada harga RM159.90 – RM189.90 untuk EDT, RM19.90 untuk Spray Deo dan RM39.90 untuk Parfum Deo. Sangat berpatutan jika dibandingkan dengan jenama perfume antarabangsa yang lain. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai David Beckham Fragrances, tekan di sini.

Beckham content 2

Parfum Deo By David Beckham

Beckham Content 1

Spray Deo By David Beckham

Anda Mungkin Suka