Penyanyi muda dan berbakat besar ini bakal membawa nama Malaysia ke persada dunia dalam World Championship Of Performing Arts 2018 (WCOPA 2018) pada Julai nanti. Pertandingan ini merupakan platform untuk mempamerkan bakat seperti nyanyian, tarian dan juga modelling dari seluruh dunia.

Beliau yang berkongsi kegembiraan di laman Instagramnya menerima ucapan tahniah daripada para peminat yang bangga dengan kejayaannya membawa nama Malaysia.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Aku Suka Kamu’ ini memberitahu ini bukanlah kali pertama beliau mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut. Pada tahun 2012 yang lepas beliau mewakili Malaysia dan berjaya membawa pulang satu pingat emas, tiga pingat perak, satu pingat gangsa dan Hollywood Industry Award.

Wani Kayrie yang menerima keputusan cemerlang SPM baru-baru ini akan berada di Los Angeles selama 2 minggu untuk menghadiri pertandingan itu berharap agar mengulangi kejayaan yang diperoleh pada 2012 yang lepas malah lebih baik lagi. Selamat berjaya buat Wani Kayrie.