Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Warganegara Amerika Syarikat (AS), Kristen Antoinette Gray diusir oleh Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia dari Pejabat Wilayah Bali.

Kristen Gray bagaimanapun menyatakan bahawa dia diusir keluar dari Indonesia bukanlah disebabkan penyalahgunaan visa, tetapi kerana memberi komen mengenai LGBT.

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia bahawa Kristen Gray telah menyebarkan dua maklumat yang dianggap mengganggu orang ramai. Salah satu maklumat yang disebarkan adalah memberi keselesaan kepada orang-orang LGBT.

“Dari hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh Pejabat Imigresen Kelas I TPI Denpasar, diduga orang asing yang dimaksudkan (Kristen Gray) telah menyebarkan maklumat yang dianggap mengganggu orang ramai, termasuk: 1. LGBT di mana Provinsi Bali memberikan keselesaan dan tidak dipersoalkan; 2. Akses mudah ke wilayah Indonesia selama wabah,” kata Ketua Pejabat Wilayah Hukum dan Hak Asasi Manusia Bali, Jamaruli Manihuruk.

Kristen Gray juga mendakwa bahawa dia tidak bersalah. Dia mengaku telah membuat kenyataan mengenai LGBT.

“Saya tidak bersalah. Visa saya masih sah. Saya tidak menjana wang dalam  rupiah, di Indonesia. Saya hanya memberi kenyataan mengenai LGBT, dan saya dihantar pulang kerana LGBT,” kata Kristen Gray kepada wartawan.

Kristen juga dihantar pulang ke AS kerana mengajar warga asing yang lain untuk memasuki Bali. Caranya itu dianggap menyusahkan masyarakat kerana Indonesia sedang berhadapan dengan wabak COVID-19.

“Sebagai tindak lanjut, warga negara Amerika atas nama Kristen Antoinette Gray dikenakan hukum imigrasi dalam bentuk deportasi atau pengusiran sebagaimana dinyatakan dalam Pasal 75 ayat 1 dan ayat 2 huruf f UU 6/11 tentang Imigrasi,” kata Jamaruli.

Kumpulan Hak Asasi Manusia, HAM Kanwil sedang memproses penghantaran pulang Kristen Gray. Sementara menunggu jadual penerbangan, Kristen Gray akan ditahan di bilik Tahanan Pejabat Imigresen Denpasar.

“Mengenai proses deportasi, untuk sementara ini warga negara Amerika atas nama Kristen Antoinette Gray akan ditempatkan di Ruang Tahanan Pejabat Imigresen Kelas I TPI Denpasar,” kata Jamaruli dalam pernyataan tertulis.

Terdahulu, wanita ini dikecam kerana mengajar orang untuk salah guna visa dan tinggal ‘free’ di Bali. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Dari AS Dikecam Netizen Indonesia, Ajar Orang Salah Guna Visa Untuk Tinggal ‘Free’ Di Bali

Anda Mungkin Suka