Di saat pihak kerajaan dalam dan luar negara sudah membuat pengumuman dan mengeluarkan notis Restriction Movement Order (RMO) untuk orang ramai stay at home, masih terdapat segelintir individu yang degil untuk keluar rumah dengan alasan untuk beriadah.

Jika beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial apabila terdapat seorang doktor pakar jantung di Malaysia yang mengingkari perintah kerajaan dan keluar berjogging di siang hari, kes yang sama turut terjadi di Beijing, China apabila terdapat seorang warga Australia turut melakukan perkara yang sama.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Difahamakan wanita yang dikenali dengan nama Liang merupakan seorang pegawai farmasi di Beijing. Beliau yang baru sahaja tiba di China pada 14 Mac lalu telah dimaklumkan untuk melakukan kuarantin di rumah bagi mengelakkan daripada wabak COVID-19 terus tersebar namun perkara yang sebaliknya terjadi.

Beliau yang ditemui oleh jiran kediamannya difahamkan telah ditegur untuk tinggal di rumah namun mengingkarinya dengan terus jogging tanpa sebarang face mask dalam usaha untuk ‘menyihatkan’ badan.

Tindakan beliau yang degil telah membuatkan pihak polis terpaksa mengambil tindakan secara keras dimana beliau sekali lagi cuba menyalahkan pihak polis yang cuba menyentuh beliau dengan alasan beliau telah dicabul setelah gagal mengikuti arahan yang dikeluarkan.

Insiden yang telah dirakam ini telah mulai tersebar di media sosial khususnya di platform negara China seterusnya kepada pihak majikan tempat wanita warga Australia ini bekerja.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan, pihak syarikat telah mengumumkan mereka sedia menyokong penuh arahan negara China serta memilih untuk menamatkan kontrak serta meminta warga Australia ini mengosongkan kediaman serta tinggalkan negara China.

Diharap isu ini dapat diambil iktibar oleh warga tanah air yang baru sahaja pulang dari negara luar bagi mengelakkan daripada wabak ini terus tersebar sekaligus mengurangkan beban pihak hospital yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik buat para pesakit.

Situasi yang hampir sama turut berlaku di Malaysia melibatkan doktor pakar jantung yang memilih untuk jogging sewaktu perintah kawalan pergerakan berlangsung.

Doktor Pakar Jantung Sanggup Ingkar Perintah Kerajaan Kerana Mahu Jogging

Penularan COVID-19 Membimbangkan, Australia Tutup Sempadan 6 Bulan Mulai Semalam

Anda Mungkin Suka