Kecanggihan fungsi SmartTAG serta RFID pada hari ini menyebabkan agak ramai yang memilih kedua-dua laluan tersebut semasa mahu membuat pembayaran di mana-mana plaza tol yang menawarkan kemudahan tersebut.

Namun siapa sangka seorang wanita yang memuat naik video TikTok di mana dia hanya menggunakan jam tangan untuk membuat pembayaran Touch ‘n Go di plaza tol telah meraih perhatian orang ramai baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
@fluffyanakdedi

Selalu pegi topup touch n go mesti kena sound , β€œni jam dik bukan kad touch n go β€œ πŸ˜‚

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Black Bull eSport

Rata-rata ramai yang terkejut melihat video tersebut, lebih-lebih lagi penonton dari ‘generasi TikTok’ sehinggakan mereka mendakwa wanita itu hanya mengada-adakan video tersebut semata-mata untuk konten sahaja.

Namun dengan tenang wanita itu dan beberapa lagi pengguna TikTok lain yang sempat ‘membesar’ semasa pelancaran jam tangan tersebut pada beberapa tahun lalu berkongsi sejarah serta cara penggunaan jam tangan yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go tersebut.

Wanita itu juga turut berkongsi satu video yang lain bagaimana cara untuk menambah nilai baki Touch ‘n Go pada jam tangan tersebut. Pada masa sama, dia telah pergi ke sebuah farmasi untuk membuktikan bahawa jam tangan itu juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran barangan di farmasi yang menerima pembayaran Touch ‘n Go.

Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
Sumber Gambar: TikTok @fatinrehanna
@fluffyanakdedi

Reply to @driftereone dah boleh percaya ke skrg ni ? Hehe senang utk org yg selalu naik public transport jugak ✌🏻

♬ original sound – fatinrehanna – Fluffy anak dedi 🐈

Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket

Untuk makluman semua pada sekitar tahun 2016 yang lalu, Touch ‘n Go pernah mengeluarkan model jam tangan yang dikenali sebagai ‘Time Traveller Watch’ yang mampu menggantikan kad Touch ‘n Go.

Tujuan utama jam tersebut dikeluarkan bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran di mana-mana premis perniagaan yang menggunakan Touch ‘n Go serta rakan niaga Touch ‘n Go lain seperti kedai runcit, pengangkutan awam, tempat letak kereta dan pembayaran tol. Butiran Touch ‘n Go tersimpan pada kad sim yang hadir dengan jam tangan tersebut.

Namun oleh kerana sambutan yang kurang mengalakkan, pihak Touch ‘n Go telah menghentikan pengeluaran jam tangan tersebut dan ia boleh dikatakan antara salah satu barangan yang rareΒ untuk dilihat pada hari ini.

Anda boleh baca ulasan mengenai jam tangan ‘Time Traveller Watch’ yang pernah kami kongsi sebelum ini melalui pautan di bawah.

Pandang Pertama ‘TimeTraveller’ Jam Tangan Dengan Fungsi Touch n Go

Tiada Lagi Caj 50 Sen Bagi Tambah Nilai Touch β€˜N Go Di Shell Malaysia

Aplikasi Terbaru Touch ‘n Go Bakal Memudahkan Anda Menambah Nilai

Sumber