Kejayaan tidak selalunya datang bergolek dan usaha adalah satu-satunya kunci untuk melangkah jauh dalam hidup. Mungkin itulah apa yang difikirkan oleh orang-orang yang mahu berjaya.

Seorang wanita berusia 37 tahun yang berasal dari Pulau Pinang telah mencatatkan kejayaan luar biasa sehingga berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records dengan kejayaannya meraih 40 sijil profesional dalam masa lima tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kisah kejayaan Priscilla Prasena ini pertama kali ditulis di laman Free Malaysia Today dan dianggap sebagai sebuah kisah yang luar biasa. Tambahan pula seorang individu memerlukan masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu kursus, tetapi tidak buat wanita kelahiran Pulau Pinang ini.

Untuk rekod, dia yang pernah bertugas sebagai wartawan di Free Malaysia Today mempunyai 40 sijil profesional dalam bidang data sains, “Lean Six Sigma”, pengurusan projek, “Internet of Thins” dan lain-lain. Dia turut mempunyai ijazah dalam komunikasi korporat dan MBA.

Sejak wabak COVID-19 datang menjengah ke Malaysia dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan pada Mac lalu tidak menjadi halangan buat wanita ini untuk menghabiskan 10 kursus dalam talian.

Bercakap kepada Free Malaysia Today, Prasena yang pernah menjadi pelatih separuh masa dan juga aktivis sosial menyatakan bahawa ijazah sahaja tidak mencukupi kerana baginya, sijil profesional ini memberikannya banyak peluang terutamanya dalam bidang kemahiran.

Walaupun sudah menghabiskan hampir RM100,000 untuk melengkapkan 40 jenis kursus, kejayaannya ini turut didorong oleh perasaan ingin tahu bagaimana sesuatu perkara itu terjadi.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut berpesan agar masyarakat di luar sana melengkapkan diri dengan segala kemarihan bagi menghadapi segala cabaran yang serba tidak menentu sekarang.

“Sekarang adalah masa yang amat mencabar bagi kita semua, mempunyai ilmu dan kemahiran adalah sesuatu yang amat bernilai. Ambillah peluang untuk mempelajari skil baharu. Ilmu ini tiada had, kejarlah ia dan lihatlah sejauh mana prestasi anda berkembang selepas memilikinya,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Terdahulu, seorang lelaki dari Indonesia berjaya meraih 32 ijazah dalam masa 21 tahun selepas menjadikan belajar sebagai hobi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jadikan Belajar Sebagai Hobi, Lelaki Ini Berjaya Raih 32 Ijazah Dalam Masa 21 Tahun