Sebuah sut perisai yang kini berada di bawah jagaan seorang wanita dari Subang Jaya, Selangor, dipercayai milik kesultanan Brunei Ke-16. Wanita yang kini bersara sedang mencari jalan untuk memulangkan semula khazanah lama yang sudah tersimpan sejak lebih 18 tahun lalu.

Raja Aini Rahman, seorang pesara berusia 66 tahun berkata kepada New Straits Times bahawa perisai itu dipercayai milik sultan Brunei ke-16, Sultan Husin Kamaluddin Malik Al-Dzahir, yang memerintah pada abad ke-18 dari 1710 hingga 1730, dan sekali lagi pada 1737 hingga 1740.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Enggan menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana perisai itu menjadi miliknya, Raja Aini berkata set tiga helai itu secara misteri tiba di depan pintu rumahnya pada suatu hari pada 2004.

Raja Aini yang kini sudah menjaga perisai itu selama 18 tahun dan memelihara artifak itu dengan baik telah cuba berkali-kali untuk mengembalikan perisai itu kepada sultan Brunei ke-29, Hassanal Bolkiah, namun cubaannya tetap gagal.

“Saya hanya mahu mengembalikan perisai itu kepada Brunei kerana ia adalah warisan mereka, dan saya mesti memastikan ia [kembali ke] tempatnya,” kata Raja Aini.

https://www.instagram.com/p/CcHu4ooLD-A/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

“Sebagai pemegang amanah perisai itu, saya dengan rendah hati memohon kebenaran untuk mempersembahkan perisai itu kepada pengganti takhta Negara Brunei Darussalam, dan menyempurnakan akad (kontrak) untuk mengembalikannya kepada pemiliknya yang sah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah.”

Ketulenan artifak itu telah disahkan oleh Jabatan Muzium Malaysia dan turut disahkan oleh satu delegasi dari Brunei yang pernah datang untuk memeriksa perisai itu sekitar tahun 2007, yang diketuai oleh seorang ahli sejarah Brunei. Bagaimanapun, mereka hanya mengesahkan perisai itu dan pulang ke Brunei tanpa membawa pulang perisai tersebut.

Sehingga berita ini ditulis, video dan foto itu telah disebarkan dengan baik di seluruh platform, dengan TikTok perisai Aina Belle telah memperoleh lebih 400,000 tontonan sejak dimuat naik pada 10 April.

Bagaimanapun, menurut laman berita Says, setelah laporan ini tular dan dikongsi di media sosial oleh beberapa rakan keluarga Raja Aini. Seorang pegawai rasmi dari Brunei telah menghubungi mereka, tetapi belum ada sebarang janji temu yang dibuat, malah mereka juga belum menerima surat rasmi mengenai perkara itu setakat ini.

430 hari tanpa kes baharu, rahsia Brunei menang melawan COVID-19. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

430 Hari Tanpa Kes Baharu, Rahsia Brunei Menang Melawan COVID-19

9 Sebab Kenapa Sultan Brunei Dikagumi Ramai

NASA Kongsi Imej Perbezaan Kawasan Hutan Di Antara Sarawak Dan Brunei