Kajian terbaharu menunjukkan bahawa wanita di Malaysia sering ‘dianaktirikan’ berbanding 153 negara yang lain, lapor Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Jurang jantina – lelaki dan perempuan – di negara ini dilaporkan terbesar di Asia Tenggara dan menduduki tangga kesembilan di rantau ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi lebih baik berbanding negara-negara Asia lain seperti Korea Selatan, China dan Jepun.

Global Gender Gap Report, laporan yang dikeluarkan oleh WEF telah mengkaji 153 negara dalam sedang usaha kearah kesamaan jantina dengan mengambil empat faktor utama – penyertaan dan peluang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kelangsungan hidup ; dan politik.

1812-WEF-GlobalGap
Global Gender Gap Report

Di peringkat antarabangsa, Malaysia menduduki tangga ke 104 dengan mencatatkan skor 0.677.

Di dalam konteks kerja, hanya 20.4% wanita Malaysia yang memegang jawatan tinggi berbanding lelaki 79.6 peratus, manakala dalam sektor kesihatan dan kelangsungan hidup, negara berada di tangga ke-84 dunia.

Tetapi lelaki dan wanita di Malaysia mempunyai jangka hayat yang sama dengan rata-rata 65 tahun dan 68 tahun.

Dari segi pencapaian dalam pendidikan, Malaysia mencapai tahap sama rata dengan kedua-dua jantina dilihat mencapai tahap celik huruf dengan 96.3 peratus untuk lelaki dan 91.1 peratus bagi wanita

1812-WEF-Malaysia
Global Gender Gap Report

Di samping itu, wanita Malaysia juga mempunyai kuasa politik yang rendah (ke-117), dengan hanya 14.4 peratus daripada mereka mewakili Parlimen.

Laporan tahun ini menyatakan bahawa dunia “boleh melakukan yang lebih baik” untuk merapatkan jurang jantina, kerana usaha untuk ke arah kesamarataan jantina pada tahap global berada pada 68.6 peratus.

WEF menjangkakan dalam beberapa tahun akan datang, jurang ini dapat ditutup sehingga 99.5%.

Dalam carta terbabit, Iceland berjaya menduduki tangga pertama buat kali ke-11 berturut-turut, manakala Norway dan Finland berada di tangga kedua dan ketiga.

Berikut adalah cerita mengenai wanita yang pernah kami tulis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Malaysia Dipilih Jadi Model Pakaian Renang Patuh Syariah Baharu Nike

Gambar Bersama Syed Saddiq, Siapa Sebenarnya Wanita Cantik Berbaju Kebaya Ini?

Bagaimana Lelaki Ini Dapat Bertemu Wanita Bosnia Fasih Berbahasa Melayu Di Sarajevo