Main kutu adalah satu skim menyimpan dan mengumpul wang dalam tempoh singkat dan kebiasaannya disertai oleh beberapa orang pemain dengan jumlah bayaran bulan tertentu yang dipersetujui oleh semua ahli.

Terbaharu, seorang wanita berusia 38 tahun telah didenda oleh Mahkamah Sesyen Butterworth sebanyak RM50,000 selepas dia didapati bersalah menganjurkan kumpulan wang kutu pada 2018, lapor Sinar Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia yang dikenali sebagai Nor Jaimah Kamarudin didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu kepada lima individu dan setiap peserta dikehendaki membayar sejumlah wang tunai kepada kumpulan tersebut.

Ibu kepada tiga anak dan juga seorang penjual nasi lemak telah didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Kubang Semang, Pulau Pinang antara Januari hingga Ogos 2018.

Di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus, Nor Jaiman dikatakan telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Apa yang dilakukan oleh Nor Jaimah bertentangan dengan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dan kaedah kutu tradisional, di mana dia menawarkan kutu dengan pulangan berlipat kali ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin.

Peguam yang mewakili Nor Jaimah meminta mahkamah meringankan hukumannya, namun Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman yang setimpal kepada Nor Jaimah.

Polis Lahad Datu tahan 9 pengemis untuk siasatan, bakal berdepan hukuman denda RM10,000. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Polis Lahad Datu Tahan 9 Pengemis Untuk Siasatan, Bakal Berdepan Hukuman Denda RM10,000

Denda RM150,000 Dan Penjara 20 Tahun Tidak Cukup Untuk Hukum Pemandu Mabuk Yang ‘Membunuh’

Akibat Tampar Pekerja Starbucks Selepas Dilarang Merokok, Lelaki Ini Didenda RM1,000