Seorang Vlogger terkenal dari China mati setelah dibunuh oleh bekas suaminya ketika sedang membuat siaran langsung di media sosial.

Lamu, seorang wanita berusia 30 tahun mempunyai lebih 800,000 pengikut di Douyin – aplikasi video pendek versi China. Dia sering memaparkan kehidupan sehariannya di laman sosial sambil menunjukkan sisi budaya Tibet.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Dia dilaporkan meninggal dunia pada hari Rabu setelah berhari-hari bertarung nyawa untuk hidup setelah dibakar oleh bekas suaminya, kata kenyataan polis daerah Jinchuan, di barat laut wilayah Sichuan.

Apa yang terjadi?

Menurut kenyataan polis, bekas suaminya, Tang, telah bertindak menyerang Lamu semasa dia sedang membuat siaran langsung. Tang bertindak memecah masuk rumah Lamu dan menyiram mangsa dengan petrol sebelum dibakar oleh Tang.

Lamu dilaporkan mengalami luka bakar hingga 90 peratus dan dikejarkan ke Hospital Provinci Sinchuan untuk rawatan lanjut. Namun nasib tidak menyebelahinya, dia dilaporkan meninggal dunia akibat daripada perbuatan bekas suaminya.

Difahamkan ini bukanlah kali pertama Tang menyerang Lamu. Dia mempunyai sejarah keganasan rumah tangga yang panjang. Tang ditahan oleh pihak polis kerana disyaki melakukan pembunuhan dengan sengaja, kata polis.

Reaksi peminat

Peminat berjaya mengumpulkan lebih 1 juta yuan (RM 600,000) untuk disumbangkan kepada Lamu bagi tujuan rawatan di hospital sejurus selepas serangan itu, lapor media tempatan.

Puluhan ribu pengikut yang berduka meninggalkan komen di halaman Douyin Lamu, sementara berjuta-juta pengguna di platform Weibo menuntut keadilan dengan menggunakan hashtag “Kes Lamu” dan “Lamu mati setelah dibakar oleh bekas suaminya.”

Kes keganasan rumah tangga sering terjadi di China tahun ini, kebanyakan rakyat China telah bersuara, menuntut agar pihak berkuasa melakukan sesuatu bagi mencari keadilan kepada mangsa.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa PKP

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

Kisah Sebenar Wanita Yang Hilang Selama Dua Tahun, Ditemui Masih Hidup Terapung Di Laut

Anda Mungkin Suka