Tular di media sosial baru-baru ini berkenaan seorang wanita yang didakwa menggunakan kad ATM individu lain untuk berjoli sesuka hati. Susulan itu, pihak polis berjaya menahan mangsa suspek di Pandan Perdana pada awal pagi lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek disyaki mencuri wang berjumlah RM8,200 dari akaun bank ibu saudara tirinya untuk membeli telefon pintar jenis iPhone 14 Pro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, pihak polis menerima laporan mengenai kes terbabit daripada seorang wanita tempatan pada 25 Mac lalu.

“Transaksi (pengeluaran wang) bermula pada 23 Mac secara berperingkat.

Suspek seorang wanita tempatan ditahan di sebuah premis di Pandan Perdana jam 12.25 tengah malam,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Menurutnya lagi, polis turut menemui kad ATM milik mangsa dan merampas telefon pintar yang dibeli olehnya hasil duit mencuri itu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Kejadian itu didedahkan oleh mangsa menerusi satu hantaran Facebook menyatakan bahawa suspek mencuri kad ATM berkenaan semasa menumpang tidur di rumahnya.

Dalam hantaran itu, mangsa meluahkan perasaan terkilan apabila layanan baik untuk membantu suspek dibalas dengan cara sedemikian lebih-lebih lagi ia berlaku pada minggu pertama Ramadan.

Katanya lagi, beliau sangat terkejut apabila akaunnya hanya berbaki RM500 menyebabkan mangsa tidak mampu membayar semua komitmen bulanan termasuk sewa rumah.